Wednesday, November 4, 2009

Pendidikan Islam di Malaysia

Assalamualaikum w.b.t


Pendidikan atau tarbiyah merupakan perkara paling asas sekali dalam hidup seorang manusia di muka bumi Allah ini. Pendidikan ini sebenarnya bermula sejak lahir lagi iaitu kita belajar untuk mengenal Allah melalui azan yang dikumandangkan oleh si ayah sewaktu kita dilahirkan. Kita belajar bahawa Allah itu Tuhan yang satu dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah.


Secara tidak langsung, tarbiyah mengenai agama Islam telah bermula tanpa kita sedari. Peranan kita sebagai hamba ialah untuk mentaati segala perintah dan larangan Allah. Perintah tersebut termasuklah perintah untuk menuntut ilmu. Kita sebagai orang Islam wajib untuk menuntut apa jua ilmu yang berfaedah kepada diri kita khususnya mahupun kepada masyarakat amnya.


Tarbiyah Islamiyyah ataupun Pendidikan Islam ini sebenarnya merupakan perkara paling asas sekali yang patut di pelajari oleh seorang Muslim selain ilmu-ilmu duniawi yang lain. Asas didikan agama ini sepatutnya telah bermula di rumah lagi. Institusi kekeluargaan merupakan institusi yang paling berpengaruh sekali berbanding institusi-institusi masyarakat yang lain.


Di rumah, anak-anak sepatutnya dididik dengan asas-asas pengetahuan agama seperti ibadah dan akhlak. Ibu bapa pula haruslah menunjukkan contoh tauladan yang baik kerana ibu bapa biasanya akan menjadi role-model atau contoh kepada setiap perkara yang ingin dilakukan oelh anak-anak. Contoh termudah ialah, apabila di sekolah, akhlak anak-anak itu sebenarnya mencerminkan peribadi ibu bapanya di rumah. Jika di rumah, ibu bapa mereka suka menggunakan perkataan-perkataan kesat, maka perkara yang sama akan berlaku di sekolah. Anak-anak akan teriku-ikut dengan perangai ibu bapanya.

Seterusnya, apa yang ingin saya katakan sebenarnya di sini ialah sistem pendidikan agama Islam di sekolah. Subjek Pendidikan Islam (PI) merupakan salah satu subjek yang wajib dipelajari oleh semua pelajar Islam baik di peringkat rendah mahupun di peringkat menengah. Boleh dikatakan yang semua pelajar Islam akan mengikuti subjek ini selama lebih kurang 11 tahun sepanjang berada di alam persekolahan.

Apa yang menarik perhatian saya ialah sukatan pelajarannya yang dipelajari selama lebih kurang 11 tahun itu. Di sini saya bukanlah ingin mengkritik atau mengatakan tidak bagus sukatannya, tetapi saya merasakan bahawa sukatan pelajarannya perlu dikemaskini atau dirombak kembali. Hal ini seiring dengan tahap kecerdasan kanak-kanak zaman sekarang berbanding dahulu.

Contoh yang saya ingin kupaskan di sini ialah yang paling mudah sekali iaitu sukatan Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA). Para pelajar akan diajar terlebih dahulu mengenai asas-asas fardhu ain yang wajib dipelajari dan kemudiannya akan di adakan satu ujian untuk mengenalpasti tahap kefahaman seseorang murid itu di dalam setiap tajuk. Kebiasaannya, ujian tersebut akan diadakan sewaktu pelajar berada di tahun 6.

Walau bagaimanapun, setelah saya melihat kepada PAFA peringkat menengah, topik yang di tanya adalah sama sahaja. Tidak berubah sedikit pun dari topik-topik yang dibincangkan di peringkat rendah. Bagi saya, satu strategi baru perlu di susun untuk memantapkan lagi asas fardhu ain di kalangan pelajar Islam.

Cadangan saya ialah borang penilaian PAFA bagi setiap pelajar haruslah berkesinambungan dari tahun ke tahun maknanya dari tahun1 hingga ke tingkatan 5. Para pelajar yang tidak lulus pada penilaian peringkat rendah haruslah mengulangi penilaian tesebut bagi topik yang gagal di peringkat menengah. Rasionalnya ialah setiap pelajar harus mantap perkara-perkara yang asas sebelum di ajarkan perkara yang lain pula.

Bagi pelajar yang lulus pula, sewaktu di sekolah menengah mereka akan di ajar pula mengenai topik-topik baru yang sesuai dengan tahap pemikiran mereka. Jadi, secara tidak langsung, para pelajar ini dapat belajar ilmu agama yang lebih dan boleh menjadi bekalan apabila keluar sekolah kelak. Ilmu agama yang dipelajari juga dapat menghindarkan seseorang daripada melakukan kemungkaran.

Walau bagaimanapun, cadangan utama saya ialah masa untuk subjek ini ditambah lagi supaya menjadi lebih panjang. Bukan hendak mengenepikan subjek lain tetapi lebih kepada pengukuhan terhadap asas agama Islam itu sendiri yang sememangnya berguna kepada para pelajar. Masa yang diperuntukkan juga boleh dimanfaatkan selaras dengan silibus yang sesuai dengan para pelajar zaman ini yang semakin pintar.

Saya memberikan cadangan sebegini kerana kebanyakan para pelajar memang cemerlang dari segi akademik duniwai tetapi jika dilihat dari sidit spiritual sebagai seorang Islam, mereka amat lemah sekali. Hubungan mereka dengan Allah amat renggang sekali bahkan ada yang menganggap Islam itu cuma adat sahaja yang diwarisi zaman berzaman. Mereka tidak kuat dari segi penghayatan untuk beribadat kepada Allah tanpa suruhan ibu bapa.

Keadaan ini bertambah teruk dengan tingkah laku ibu bapa mereka pula. Tidak sembahyang, meninggalkan puasa, minum arak, berjudi, mensyirikkan Allah dan bermacam lagi bentuk kerosakan akidah yang ditunjukkan kepada anak-anak.

Jika hendak dikupaskan di sini, sememangnya akan berkait-kait dengan banyak perkara. Pokoknya, kita seharusnya memikirkan kembali apa yang sepatutnya dilakukan oelh seorang hamba yang hanya menumpang hidup di muka bumi Allah ini.

Wallahua'lam.

Saturday, October 31, 2009

Tulis tak guna akal

Assalamualaikum w.b.t

Agak lama juga saya tidak tulis sesuatu dalam blog ini. Bukan apa, cuma kesibukan sehingga hilang 'mood' untuk menulis di sini. Tambah lagi dengan 'final exam' yang semakin hampir.

Kali ini saya tergerak untuk menulis setelah terbaca sebuah buletin yang di tulis oleh seorang rakan di dalam Myspace. Tajuk nya ialah ''Nik Aziz oh Nik Aziz, tok guru yang hebat''. Pandangan pertama saya ialah artikel yang dia tulis ini adalah mungkin untuk menceritakan tentang kewibawaan TG dalam politik.

Tetapi setelah membaca dua perenggan, lain pula maksud tulisannya itu. Dia seperti mahu memperlekehkan kemampuan TG dalam memerintah. Saya di sini bukanlah mahu menunjukkan ketaksuban saya terhadap TG tetapi saya tidak boleh menafikan tentang keunikan pentadbirannya mengikut Islam.

Di dalam artikel tersebut, penulis menceritakan seolah-olah TG terlalu inginkan kerusi Perdana Menteri dan memerintah Malaysia tanpa mengatur apa-apa strategi. Memanglah cita-cita TG untuk menegakkan Islam di negara ini tetapi dia tidak sebodoh yang di gambarkan oleh penulis. Penulis juga mengakui TG bukanlah hanya seorang tok guru yang mengajar agama tetapi
beliau ahli politik totok yang dalam istilah Inggeris disebut political animal.

Adakah 'political animal' ini suatu gelaran yang sesuai untuk TG? Adakah gelaran 'totok' itu sesuai untuk orang yang sudah berhempas pulas menyebarkan dan menegakkan Islam di bumi Malaysia ini? Jikalau penulis itu seorang yang tinggi ilmunya dalam bidang agama, saya bole 'respect' dia. Tapi jika gambar di dalam profilenya diletakkan gambarnya dengan seorang perempuan dalam keadaan berlaga kepala (seperti dilamun cinta), kita pun boleh fikir dengan logik akal adakah penulis ini banyak ilmunya? Orang yang berakal tidak akan membuat sesuatu yang akan menjatuhkan maruahnya.

Selain itu, penulis boleh dikatakan seperti tidak besetuju dengan tindakan TG yang menolak kerajaan perpaduan dan menolak gagasan UMNO.
Penulis berpendapat bahawa TG tidak percaya kepada pengertian kebangsaan - atau dalam konteks gagasan perpaduan, Melayu. Melayu bagi TG menikut pandangan penulis ialah elemen assabiyah yang menurutnya tidak sehaluan dengan ajaran Islam. Teras beliau ialah Islam semata-mata. Bagi beliau Melayu itu tidak wujud.

Mari kita lihat kembali kepada sejarah. Sejarah ini penting kepada kita supaya kita dapat mengambil pengajaran daripada apa yang telah berlaku supaya pisang tidak berbuah dua kali. Islam disampaikan oleh baginda Rasulullah s.a.w yang berasal dari bangsa Arab Quraisy. Agama yang terbaik ini adalah untuk semua umat manusia sehingga akhir zaman. Tidak kira bangsa dan warna kulit.

Pandangan penulis itu betul bahawa TG menganggap Melayu itu adalah assabiyah. Cuba kita fikir, jika Rasulullah berdakwah hanya untuk bangsanya sahaja, nescaya kita tidak akan dapat merasai kenikmatan dan kemanisan iman seperti sekarang ini. Jadi TG cuba untuk mempraktikkan strategi dakwah Rasulullah s.a.w di dalam corak pemerintahannya. Tidak ada perbezaan bangsa dalam fikirannya walaupun zahirnya ada. Tetapi TG mengutamakan Islam dan umat Islam itu sendiri.

Jika TG memerintah kelak, bangsa lain diabaikan tetapi di dalam bangsa tersebut ada yang beragama Islam. Oleh itu, umat Islam dalam bangsa yang lain juga akan terabai jika di dahulukan bangsa Melayu. Maka, TG akan di caci dan di hina kerana mengabaikan umat Islam sedangkan dasar perjuangannya adalah Islam.

Slogan Pas adalah "Pas for All". Slogan ini boleh dirungkaikan dengan lebih luas lagi. "for all" di sini pada pandangan saya adalah untuk semua rakyat Malaysia. Saya katakan untuk semua rakyat Malaysia kerana mungkin Pas sudah mengambil pengajaran daripada kisah sejarah yang lalu. Pas juga mungkin menerima pandangan Dato' Onn Jaafar yang mahukan UMNO dibuka penyertaannya kepada bangsa lain.

Dato' Onn mungkin memikirkan dengan cara itu, maka perpaduan semua bangsa akan dapat dieratkan lagi. Pas juga mengambil langkah yang sama dengan menyatukan semua bangsa di bawah satu parti. Tindakan ini bertujuan supaya segala arahan mudah di patuhi kerana semuanya di bawah naungan satu parti dan satu pengaruh.

Jadi terpulanglah kepada kita untuk menilai sejauh mana kualiti pemerintahan pemimpin-pemimpi di Malaysia ini. Apa yang menjadi matlamat utama ialah kehidupan di akhirat kelak yang bermula dari kehidupan di dunia ini.


Wallahua'lam



Tuesday, October 6, 2009

"Aku Bersamamu"

Program 3 hari yang amat memberi makna ke atas diri saya. Saya juga belajar bagaimana untuk bergaul dengan pelajar-pelajar yang dikatakan bermasalah tetapi sebenarnya tidak. Mereka adalah anak-anak yang baik tetapi cuma nakal sahaja dan terikut-ikut pengaruh kawan.

Kem ini juga merupakan kem pertama yang berbentuk kaunseling kerana kebiasaannya sebelum ini saya hanya menganjurkan kem-kem ilmiah seperti khemah ibadat, kem anak soleh dan lain-lain lagi. Jadi, perasaan bercampur-baur ketika hendak memulakan kem ini.

Tanggapan pertama saya amat meleset sekali. Saya terfikir bahawa terlalu susah untuk mengawal adik-adik ini sewaktu kem nanti. Setelah program berjalan pada hari pertama barulah saya rasa begitu mudah untuk bergaul dengan mereka kerana mereka ini sememangnya amat peramah.

Mereka cuma ingin difahami oleh orang lain dan oleh itu kami dari mahasiswa UniKL menwarkan diri untuk menjadi pendengar setia kepada adik-adik ini. Mereka berjaya mengikuti program ini dengan baik dan memberikan komitmen 100%. Well done, MasyaAllah.

Beberapa objektif kami terhadap kem ini sedikit sebanyak telah tercapai di akhir program ini. Kami cuma ingin menerapkan sifat sabar, kesatuan(unity), setia kawan, dan lain-lain lagi dalam diri mereka. Kami mahu mereka berhadapan dengan masyarakat luar kelak dengan akhlak yang baik kerana mereka inilah sumber yang penting kepada pembangunan negara kita.

Selain itu, kami terapkan juga elemen kerohanian seperti solat kerana sememangnya objektif kita dijadikan oleh Allah adalah untuk mentaati segala perintah dan larangan-Nya. Solat itu sendiri sebenarnya berupaya membentuk peribadi yang terbaik untuk dijadikan contoh.

Kem ini tidak hanya berakhir pada 4 Oktober 2009 sahaja tetapi ukhuwah yang terjalin antara abang-abang dan kakak-kakak failitator akn terus kekal sampai bila-bila InsyaAllah. Kami para fasi ingin menjadi pendengar setia kepada adik-adik dan cuba mencari bersama-sama jalan penyelesaian masalah yang timbul.

Wallahua'lam

Sunday, September 13, 2009

Program Berbuka Puasa Baitul Fitrah

Alhamdulillah program yang dirancangkan ini berjalan seperti yang dengan lancar walaupun ketika menulis ini program ini belum habis lagi. Singgah di kedai mamak bersama teman-teman seperjuangan 'pekena' cheese naan tandoori. Memang 'top' mamak ni punya naan.

Memang menempuhi banyak rintangan seperti perubahan bajet 'last minute', kerenah pengurusan rumah anak yatim, katering masjid dan banyak lagi kalau nak diceritakan tapi boleh disimpulkan di sini program ini hanya cukup untuk MEMUASKAN HATI sahaja dan bukannya terbaik.

Saya juga inginmengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada rakan-rakan AJK kerana berjaya bekerjasama bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Di sini saya sertakan gambar-gambar program tersebut.


sedang bersiap untuk ke baitul fitrah

Tuesday, September 1, 2009

Salam Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t

Agak lama sebenarnya saya tidak update blog ini. Lebih kurang seminggu. Bukan apa, cuma terasa malas untuk mengarang biarpun mempunyai idea untuk ditulis. Hari ini saya gagahkan juga untuk menulis supaya tidak terasa terlalu lama tak update blog ni.

Seperti biasa, entri kali ini juga berkaitan dengan situasi yang berlaku sekarang. Memandangkan kita sekarang di dalam bulan Ramadhan al-Karim, maka saya rasa patut juga saya mencoret sedikit mengenai bulan mulia ini.

Jika saya memberi komen kepada rakan-rakan, saya akan tulis komen yang lebih kurang begini,
"Salam Ramadhan. Semoga keghairahan untuk beribadah akan meningkat berkali ganda dalam bulan Ramadhan al-Karim ini. Jadikan bulan ini juga sebagai titik tolak untuk melakukan tranformasi diri ke arah yang lebih baik".

Kata-kata ini sebenarnya merupakan perangsang untuk diri saya terutamanya dan juga untuk rakan-rakan di luar sana serta anda para pembaca. Perangsang untuk berusaha melipatgandakan amalan yang sememangnya dijanjikan ganjaran pahala yang cukup besar. Bulan ini juga seharusnya dijadikan platform untuk mengubah diri kita daripada yang kurang baik kepada yang baik dan seterusnya.

Sebagai contoh, kepada para wanita yang tidak bertudung di luar sana, jadikan pemakaian hijab di bulan Ramadan sebagai permulaan perubahan dalam diri. Ketahuilah bahawa memakai hijab adalah perintah secara langsung daripada Allah, bukannya cadangan Nabi Muhammad atau pandangan ulama fiqh. Ia wajib dipakai bukan sahaja dalam bulan Ramadan, malah sepanjang hidup hanya di depan lelaki ajnabi atau wanita kafir, sementara bersama suami, ayah, ayah mertua, adik-beradik lelaki atau mahram adalah tidak wajib.

Mohonlah kepada Allah dalam Ramadan, agar dicampakkan dalam hati rasa tanggungjawab untuk memakai hijab, rujuklah ayat 30-31 surah an-Nur (24) dan ayat 59 surah al-Ahzab (33) dan mentelaah kitab agama yang membicarakan persoalan hikmah Allah mewajibkan pemakaian hijab ke atas muslimah.

Mohonlah keampunan Allah terhadap kesalahan tidak memakai hijab sebelum Ramadan pada tahun ini. Ramadan memberi peluang seluas-luasnya untuk kembalikan hamba kepada Tuhan. Rasakanlah dalam diri tanggungan dosa-dosa besar kerana tidak berhijab yang merupakan kesalahan amat besar yang hanya boleh ditebus dengan taubat kepada Allah.

Akhir sekali, perbetulkan niat untuk menjadi hamba Allah yang baik, kerana kita tidak tahu, apakah kita boleh bertemu dengan Ramadan pada tahun hadapan. Sehubungan itu baginda s.a.w. bersabda:

"Kalaulah hamba-hamba Allah tahu apa yang ada dalam bulan Ramadan, mereka akan bercita-cita agar sepanjang tahun itu dijadikan Allah sebagai bulan Ramadan."

Sama-samalah kita merenung agar Ramadan tahun ini adalah yang terbaik yang pernah kita lalui.

Wallahua'lam

Monday, August 17, 2009

Rahsia Solat Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.


Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui
konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan
menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi
sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua
agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan
rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam
, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.


Kita sebagai umat Islam sepatutnya
bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .


wallahua'alam. ....

Thursday, August 13, 2009

Perginya Sebuah Permata


“Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…”-

Allahyarham Asri Ibrahim


Jika sekarang ini Pihak Astro sedang mengadakan tribute filem-filem Allahyarham Yasmin Ahmad, perkara yang sama diharapkan berlaku kepada karya berbentuk zikrullah dan nasyid oleh Allahyarham Ustaz Asri bin Hj Ibrahim yang telah pulang ke rahmatullah jam 11 pagi, 13 Ogos 2009 di Hospital Pantai, Kuala Lumpur. Ianya satu kehilangan yang amat besar dalam industri nasyid tanah air khususnya arena dakwah seni suara.


Pada mereka yang lahir sekitar tahun 1980-an, 199o-an dan alaf 21, suara Ustaz Asri menemani zaman bayi, kanak-kanak dan remaja kita. Allahyarham mengalunkan azan di kaca televisyen, menjadi ketua selawat jika hadirnya Maulidur Rasul dan zikirnya meronai pagi kita di corong-corong radio. Suara Ustaz Asri bahkan akrab mengajar kita nama-nama Allah melalui zikir Asma ul Husna, Tola’al dan terlalu banyak untuk dituntaskan di sini.


Secara peribadi, saya mengenalinya sejak masih berumur 5 tahun. Beliau ketika itu ahli kumpulan nasyid Nadamurni di Sg Pencala dan saya antara yang selalu melihatnya secara ‘live’ di pentas. Musim berlalu, Ustaz Asri dan kumpulan Rabbani bertapak kukuh dalam industri nasyid selepas kumpulan Raihan, namun mengagumkan, Ustaz Asri tidak pernah berubah akhlaknya. Seorang yang tawadhuk, suka tersenyum, bercakap dari hati, tulus, sederhana dan memiliki ilmu al-Quran yang tinggi. Bahkan, ketika menapak dalam jagat popular dunia hiburan, Ustaz Asri tidak ‘lari’ dari matlamatnya. Beliau seorang pendakwah yang berhikmah mendekati golongan seni. Misalnya, saya pernah bertanya pada artis Bob Lokman tentang penasyid yang dihormatinya, tiada orang lain yang dijawabnya kecuali Ustaz Asri. Dan rata-rata artis lain juga sangat hormatkan Ustaz Asri, bukan kerana garang atau tegas tetapi kerana akhlak dan budi yang dipamerkan Allahyarham.


Kehilangan Ustaz Asri tentunya memberi impak yang besar kepada kita semua terutama isteri dan anak-anaknya, ahli kumpulan Rabbani seterusnya para perindu zikrullah. Namun, kita yakin bahawa Allah telah menyediakan tempat yang baik, kekal abadi dalam naungan CintaNYA buat hambaNya yang beriman. Ustaz Asri telah mendekati kekasihnya Rasulullah SAW di alam sana. Membawa segala perjuangan yang diteruskan dari baginda SAW untuk dikongsikan dengan habibuna Muhammad SAW.

Ya Allah, matikanlah kami dalam husnul khotimah agar kami mengecapi apa yang dikecap oleh para syuhadaMu yang telah mendahului.

AL-FATEHAH.

Tuesday, August 11, 2009

Serba sedikti informasi program

1. Student lelaki mestilah memakai baju Melayu semasa program berlangsung. Student perempuan pula pakai baju kurung dan bertudung. Tiada kompromi bagi attire kerana bagi menjaga nama baik UniKL.

2. AJK Pengangkutan perlu deal dengan bas UniKL terlebih dahulu. Jika tiada kekosongan anda perlu deal dengan bas luar. Bagi memudahkan kerja anda boleh deal dengan pemilik syarikat bas shuttle UniKL.

3. Berkaitan dengan dana yang perlu dikumpulkan, jika mengikut kertas kerja yang dibuat dana yang perlu dikumpulkan adalah sebanyak RM3000 sahaja. Jadi jika dibahagikan sama rata, seorang hanya perlu kumpul lebih kurang RM150 sahaja. Tetapi jika anda rasa mampu untuk mendapatkan lebih adalah sangat digalakkan.

4. Jika ada sebarang masalah sila tinggalkan komen di chatbox ataupun contact ym= fikri1989 skype= fikri89 no fon 017-2095059/013-3204290

Friday, August 7, 2009

Main sorok-sorok


Setiap kali menjelang Ramadhan al-Mubarak, pastinya akan timbul suatu masalah yang lazim berlaku. Masalah yang kita tidak asing lagi iaitu permainan sorok-sorok gula. Semestinya masalah ini akan memberi kesan kepada rakyat negara ini terutamanya sewaktu menjalani ibadah puasa dan menyambut ketibaan Syawal.

Kita semua tiba-tiba dikejutkan dengan kekurangan gula di negeri pengeluar gula utama di Malaysia iaitu Perlis. Pelik dan hairan tetapi inilah realiti yang sering berlaku. Bagaimana sebuah negeri pengeluar utama boleh kehabisan stok untuk dibekalkan ke seluruh negara.

Setelah tinjauan TV3 ke ladang tebu di Chuping, Perlis, apa yang mereka dapati ialah ladang tebu tersebut telah banyak di tanam pokok getah. mengapa mereka tidak melakukan penanaman semula tebu untuk menampung permintaan bahan asas berkenaan. Jika satu ladang boleh menampung keseluruhan permintaan gula, maka kita akan berjimat dari mengimport bahan berkenaan dari negara lain.

Oleh itu, kerajaan haruslah mengambil suatu pendekatan untuk menyelesaikan masalah yang saya rasa boleh dikatakan agak kritikal ini selaras dengan slogan Dato' Seri Najib yang selalu beliau uar-uarkan iaitu "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Beliau mesti membuktikan slogan tersebut dengan tindakan yang menyebelahi rakyat.

Sebagai contoh, beliau boleh mengugut untuk mengambil tindakan sekeras-kerasnya kepada para 'penyembunyi' gula demi untuk menyelesaikan masalah rakyat. Baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan telah mendedahkan bahawa stok-stok gula tersebut telah disorok oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tersendiri.

Mengapa mereka menyorok gula terbabit? Implikasinya, kerajaan akan menaikkan harga bahan asas terbabit dengan alasan bahan tersebut perlu diimport kerana kekurangan bekalan di negara kita. Jadi rakyat tidak boleh bertkata apa-apa kerana menganggap alasan terbabit adalah relevan dengan situasi yang berlaku.

Setelah beberapa ketika, tiba-tiba bekalan gula pula melebihi had dan amat mudah dicari di pasaran. Walau bagaimanapun, harga tersebut tidak pula diturunkan demi kemaslahatan rakyat. Jadi, masalah rakyat di sini tidak akan selesai dan akan sentiasa bertambah. Oleh itu, pihak kerajana harus membuktikan slogan tersebut tidak cuma 'hangat-hangat tahi ayam' sahaja ataupun melaksanakannya 'sekadar melepaskan batuk ditangga' sahaja.

Wallahua'lam

Wednesday, August 5, 2009

Andai kata Malaysia diserang...


Apabila negara-negara Islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir….. kita sering mendengar pemimpin-2 kita menggunakan modal seperti ini..” Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai….” Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku. Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuber kiter berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara Islam yang lain plak jadik cam kiter?


MALAYSIA DISERANG

untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa.
(Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)

AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas.. ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia …lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang malaysia …

AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin.

Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.

Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin.

Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita… YB Wakil Rakyat… Parlimen dan ADUN… Tauke-tauke Cina yang kaya… semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.

Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya. Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab… Khalifah Ali Abi Thalib… Khalifah Khalid Al-Walid… Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi… yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.

SAAT Peperangan bermula….

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom…melancar peluru berpandu… membedil…menembak Rakyat Malaysia…mereka membunuh Orang tua… perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita…sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!
AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi pesawat musuh silih berganti…..

Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang….datang lagi pesawat musuh silih berganti….
Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO… diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya… menghujani bom-bom dan roket…kemudian Johor dan negeri sembilan dapat ditawan tentera musuh.

Anda di berada di Kedah….Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara…tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda… menentang pintu rumah anda….anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah…

Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda…sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia …muncung senapang ditujukan di kepala anda…
Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006…diajukan muncung senapang…

DAMMMMMM…anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu…
Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak.. anda tidak mempunyai perasaan apa-apa… sekarang berlaku kepada diri sendiri… baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata…..

Anda menangis ketakutan….

Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak…untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati….tetapi umur anda masih panjang….anda masih hidup…anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri….

Anda mengalirkan air mata… INGAT AKAN ALLAH….

Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.

Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri. Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini….
Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata…
Anak kecil ditembak didepan mata…
Isteri dirampas untuk diperkosa…. didepan mata!!!!
kawan-kawan…sahabat taulan… ramai yang terkorban..
dan tidak kurang juga yang cedera parahh..

Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri…mereka tidak bernasib baik seperti anda…

Diatas bukit itu juga…anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat… mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah… tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa…
Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti….

Apa yang anda Harapkan pada masa itu?


Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali…
BANTUAN ALLAH….
BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH…

ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA … ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!! ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA, SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN…..BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI……

Tetapi tunggu punya tunggu…. bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba…

ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN menyatakan:

“Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia ” (Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)

“Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti…setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu”(Presiden NAM )

“Alhamdulillah… Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan…Kita semua patut bersyukur… kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yang aman harmoni”, Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai. (Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)

“Tak apa… selepas peperangan tamat… Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia ” Wakil Penduduk Islam Selatan Thailand )

“Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan” Pemimpin Arab Saudi)..bagi komen dan pendapat…

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA??

fikir-fikirkan… .

Saturday, August 1, 2009

Satu lagi gelombang PRK


Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) bakal menghadapi satu lagi pilihan raya kecil (PRK) yang akan menentukan siapa yang lebih mendapat tempat di hati pengundi. Anda juga mungkin sudah maklum mengenai tempat yang bakal berlangsungnya 'perlawanan' ini.

ADUN Permatang Pasir, Dato' Hamdan Abdul Rahman, telah kembali ke rahmatullah pagi semalam akibat kesakitan di bahagian jantung. Beliau telah berada di IJN sejak minggu lalu untuk mendapatkan rawatan susulan berhubung penyakit yang dihidapinya. Beliau telah memenangi kerusi Permatang Pasir sejak Pilihanraya Umum ke-10 pada tahun 1999. Beliau juga telah menjadi Pesuruhjaya Pas Negeri selama 11 tahun bermula penghujung tahun 1980-an. Oleh itu, kehilangan beliau merupakan satu kehilangan besar dalam perjuangan PAS dan PR.

Justeru itu, PR khususnya PAS perlu mencari pengganti yang sesuai untuk bertanding menjadi Adun Permatang Pasir sekaligus menjadi wakil suara rakyat sekiranya menang kelak. UMNO dan BN sudah menyatakan pendirian mereka untuk bertanding dan semestinya mereka juga mahukan kemenangan setelah tewas dalam beberapa siri PRK yang lalu. Jadi, saya percaya mereka akan berusaha dan menggembling tenaga jentera mereka untuk menang di Permatang Pasir kerana mereka berasa tidak mustahil untuk menang. Mereka bangga setelah dapat kalah tipis kepada PAS di Manik Urai walaupun hakikatnya mereka tetap kalah.

Oleh itu, marilah sama-sama kita berdoa dan memohon kepada Allah agar agama Islam yang suci ini dapat ditegakkan dengan mudah di negara kita ini dan bersama-sama kita berfikir dalam menentukan pemimpin yang paling layak untuk memimpin. Janganlah kita pilih pemimpin yang akan menarik kita bersama-sama masuk ke neraka akibat kita memilih pemimpin yang melakukan banyak maksiat.

Wallahua'lam

Monday, July 27, 2009

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGGERAK)

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;


Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;



Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;


1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.


Keberuntungan beramal dengan doa ini


Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.


Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.


Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.

Wednesday, July 22, 2009

Minggu Silaturrahim 2009...

Assalamualaikum w.b.t

Sudah lama rasanya saya tidak menulis sesuatu untuk blog ini. semuanya gara-gara kesibukan untuk mendaftar di UniKL MIIT City Campus. Jadi, saya tidak sempat untuk meninggalkan beberapa coretan buat blog ini.

Pada 12 July yang lalu saya mendaftar di kampus ini dan terus ke Kolej Kerismas di UKM untuk mengikuti Minggu Silaturrahim UniKL MIIT 2009. Kami bertolak dari kolej kediaman Blok 10 di Jalan Pantai Endah pada pukul 8.00 malam.


Minggu yang membosankan

Setelah sampai di Taman Tenaga, malam tu kami tiada aktiviti langsung. cuma diberi penerangan mengenai perjalanan program tersebut. hari pertama kami penuh dengan taklimat dan ceramah yang disampaikan oleh para pegawai dari UniKL sendiri. macam2 perkara yang kami lakukan untuk pendaftaran sebagai pelajar baru seperti credit transfer, loan briefing dan lain-lain.

hari yang kedua dan ketiga pula saya rasakan amat bosan. yang pertama ialah kami dilayan tidak sepadan dengan umur kami yang 20 th ke atas. kami semua dilayan seperti kanak-kanak sekolah rendah. kami disuruh melakukan pelbagai tepukan, tarian dan lain-lain lagi. saya sebenarnya agak tension dengan aksi-aksi tersebut. poco-poco, chicken dance, tepuk ini, tepuk itu. berdasarkan pengalaman saya, aktiviti tersebut hanya sesuai untuk pelajar sekolah rendah. hanya untuk membangkitkan rasa seronok mereka untuk join sesuatu kem. tetapi kalau dilakukan oleh pelajar degree, memang la tak elok rupanya.orientation commitee (OC) perempuan pun same juga melakukan aksi-aksi yang 'mengerikan' tersebut tanpa rasa malu untuk mempertahankan maruah seorang perempuan. sebenarnya setelah mendaftar di unikl saya mengalami sedikit kejutan budaya kerana pelik melihat tingkah laku dan cara pemakaian para pelajar perempuan. mungkin mereka tidak merasakan bahawa pakaian ketat tersebut juga boleh mendatangkan fitnah kepada mereka.


Pengurusan masa yang kelam-kabut

Inilah satu lagi perkara yang menjadi perhatian saya sewaktu minggu tersebut. aturcara program seolah-olah menjadi berserabut. ada yang dapat dilaksanakan dan ada yang tidak. tetapi ada juga beberapa program mengejut yang berlaku dan tidak dijangka seperti kehadiran dato' rais ke program tersebut dan itu boleh dimaafkan. tetapi apa yang ingin saya katakan di sini ialah masa LDK yang tidak mencukupi dan bilangan LDK yang dilaksanakan juga tidak mencukupi seperti yang dirancangkan. saya melihat bahawa LDK yang tidak cukup itu boleh dianjakkan lebih aawal sewaktu malam pertama kami di situ (Isnin malam). apa yang berlaku pula adalah kami semua disuruh menari tarian ayam dan tepuk sorak yang lain lagi. jadi, masa yang berharga tersebut telah dibazirkan dengan aktiviti yang kurang memberi manfaat kepada para peserta.

jika hendak hilangkan mengantuk sekali pun atau ingin membangkitkan semangat berpada-padalah dengan satu atau dua pergerakan yang simple dan tidak memakan masa yang agak panjang. sebagai contoh sewaktu LDK 2, para fasilitator memberitahu bahawa sebelum LDK tersebut dilaksanakan mereka akan mengambil sedikit masa untuk membuat beberapa tepuk sorak. masa yang sedikit tersebut telah memakan masa selama hampir 1 jam. masa untuk LDK tersebut hanya dapat dijalankan selama 30minit sahaja. jadi apa yang saya lihat para OC lebih mementingkan tepuk sorak tersebut daripada LDK yang lebih memberi manfaat kepada para peserta.

kesimpulannya, saya berpendapat yang program sebegini bukanlah terlalu susah dan terlalu mudah untuk mengendalikannya. ketua yang dilantik harus sedar adakah aktiviti yang dijalankan mencapai objektif dan tujuan pelaksanaannya.

Wallahua'lam












Friday, June 26, 2009

DIPOTONG TANGAN KERANA MEMBERI SEDEKAH

Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T."
Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalau memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabial suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu."
Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah S.W.T."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."

Wednesday, June 17, 2009

Jangan bawa politik ke masjid part 2

Assalamualaikum.
Terima kasih kepada pengunjung yang memberikan komen terhadap artikel yang saya tulis. Beliau memberi alasan bahawa berpolitik di dalam masjid adalah untuk mengelakkan perpecahan di kalangan umat Islam terutamanya orang Melayu.

Memang betul terdapat perpecahan yang akan berlaku di dalam masjid jika berpolitik dalam masjid. Akan tetapi adakah kita faham bagaimanakah jenis politik yang tidak boleh dijalankan di dalam masjid. Ia adalah politik yang berdasarkan ideologi Barat yang digunapakai di Malaysia. Di dalam masjid, politik yang boleh dijalankan ialah politik Islam.

Apa yang dikatakan politik Islam di sini ialah sistem politik itu dijalankan berdasarkan syariat Allah melalui Al-Quran dan Sunnah. Sistem yang mengikut sistem demokrasi yang sebenar dan mengutamakan keadilan dalam pentadbiran. Sistem ini juga mengutamakan kepentingan Allah dan Islam. Sistem ini telah dijalankan oleh Rasulullah s.a.w lebih 1400 tahun yang lalu. Kita tidak boleh mengatakan sistem politik Baginda tidak relevan untuk digunakan pada zaman sekarang kerana sistem pentadbiran itu adalah sepenuhnya rujukan daripada Al-Quran. Al-Quran adalah kitab terakhir yang diturunkan kepada umat akhir zaman dan isi kandungannya telah dijamin oleh Allah tidak akan diubah sehingga hari kiamat. Maka isinya juga adalah relevan untuk semua umat manusia sehingga hari kiamat tanpa ragu-ragu.

Firman Allah "Masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan...." Perkataan sepenuhnya itu dihitamkan kerana ia menandakan Islam ini satu agama yang menyeluruh dan kita harus amalkan apa yang ada di dalamnya secara menyeluruh juga. Kita tidak boleh ambil perundangan Barat sedikit dan perundangan Islam sedikit. Jika berlaku sedemikian maka perkara maksiat pasti akan berlaku. Sebagai contoh, Kerajaan Islam Turki Uthmaniah mengamalkan sistem perundangan Islam sepenuhnya, tetapi apabila Mustafa Kamal Atartuk membawa masuk ideologi Barat dan menggunapakai sistem perundangan mereka, peningkatan kes jenayah terus meningkat. Dapat kita fahami bahawa sesuatu perkara yang telah ditetapkan oleh Allah harus kita ikuti kerana di situ terdapat hikmah yang kita sendiri tidak mengetahuinya.

Politik yang berlaku di dalam masjid sehingga boleh memecahbelahkan masyarakat adalah sistem yang mempunyai keuntungan peribadi, kroni atau parti. Perkara ini sebenarnya adalah disebabkan oleh kurangnya kesedaran tentang balasan Allah jika tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin yang adil. Masyarakat memilih ahli jawatankuasa yang mereka rasakan layak tetapi telah disaring oleh ahli majlis teringgi dan dipilih mengikut parti yang disokong. Ini jelas menunjukkan jawatan yang diberi bukan untuk dijalankan tetapi hanya untuk mendapatkan nama.

Seperti yang saya tulis dalam artikel yang lalu, ulil amri iu ialah pemimpin yang menjalankan pemerintahannya berdasarkan Al-Quran dan Sunnah dan beliau boleh memimpim masyarakat ke arah yang lebih baik dan boleh menjadi rujukan masyarakat.

Insyaallah selepas ini saya akan menulis lebih banyak lagi mengenai politik Islam seperti ciri-ciri peimimpin, corak pemerintahan dan lain-lain.

Wallahua'lam

Saturday, June 13, 2009

Jangan bawa politik ke masjid

Hanya dua perkara yang berada di hadapan kita sekarang. Sama ada kita menjadi orang-orang beriman yang memeluk dan menerima Islam secara syumul dengan menjadi mukmin sebenar atau mengambil separuh-separuh kerana mengikut jejak langkah syaitan. Keputusan tersebut terletak sepenuhnya di dalam tangan kita. Di dalam surah al-Baqarah ayat 208 menjelaskan jika kita tidak menerima Islam secara keseluruhan pun sudah dikira menolak Islam dan mengambil syaitan sebagai pedoman. Syaitan itu pula terdiri daripada kalangan syaitan yang asli ataupun syaitan dalam bentuk pemikiran yang karut-marut seperti isme-isme buatan manusia (contoh: sekularisme, liberalisme). Di sini, terserah kepada kita untuk mengikut kehendak Allah atau mengikut kehendak syaitan. Tidak wujud soal 'atas pagar' kerana itu hanyalah rekaan nafsu semata-mata.

Politik memang wujud dalam Islam. Islam ialah ad-din atau agama yang menyeluruh dan meliputi cara hidup yang lengkap dan sempurna sehingga hari kiamat. Jika ada orang yang mengatakan bahawa politik tidak boleh dibawa ke masjid, ini bermakna orang ini menolak kesyumulan Islam.

Jika kita teliti ayat 59 surah an-Nisa' yang bermaksud "Hai orang-orang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul serta ulil amri di antara kamu" jelas ia menuntut umat Islam supaya taat kepada kerajaan yakni ulil amri yang taat kepada Allah dan Rasul. Persoalannya sekarang ialah bagaimana untuk mentaati ulil amri yang tidak taat kepada perintah Allah. Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah berpolitik ke arah mewujudkan sebuah kerajaan yang patuh dan taat kepada Allah dan Rasul adalah wajib. Salahnya pemimpin kita adalah apabila kita pandai-pandai membuang perkataan 'minkum' yakni ulil amri di kalangan kamu.

Nampaknya kita sekali lagi sedang disempitkan dengan apa yang sebenarnya luas. Soalnya ramai pula orang mengatakan politik itu kotor. Jika kotor, siapakah yang mengotorinya? Tidakkah wajib pula untuk membersihkan yang kotor? Jika begitu, apa yang boleh mensuci atau menyucikannya? jika tidak di masjid, maka dimanakah lagi persoalan seserius ini boleh dibincangkan? Maksud saya ialah diperbincangkan dalam keadaan al-Quran terhampar? Jika tidak di masjid, bolehkah dinyatakan tempatnya? Setakat ini adakah ia jujur demi mencari penyelesaian jika dibincangkan di tempat lain?

Berpolitik di masjid juga sudah menjadi sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Baginda seorang negarawan yang menguruskan segala urusan kerajaan di masjid. Jadi mengapa kita tidak kembali kepada sunnah Rasul yang mulia? Bukan hendak menyuruh semua urusan pentadbiran dipindahkan ke masjid. Cuma, kita perlu menggabungkan besama elemen agama dan politik menjadi satu supaya dapat mewujudkan sebuah kerajaan yang sememangnya tata dan patuh dan taat ke pada Allah dan Rasul. Insyaallah dalam post yang seterusnya saya akan memberi contoh sebuah kerajaan yang berusaha untuk mentadbir mengikut modul emerintahan Rasulullah s.a.w.

Sekian, wallahua'lam.

Monday, June 8, 2009

KISAH ASAL USUL HAJAR ASWAD

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.
Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja.
Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.
Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."

Wednesday, June 3, 2009

KISAH WALI ALLAH YANG SOLAT DI ATAS AIR

Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.

Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terunbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air.
Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!"

Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, "Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?"
Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah."
Para penumpang itu berkata, "Apa yang mesti kami buat?"
Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat."
Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat."

Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah."
Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan meng hampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.
Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.

Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, "Siapakah kamu wahai wali Allah?"
Wali Allah itu berkata, "Saya ialah Awais Al-Qarni."
Peniaga itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir."
WaliAllah berkata, "Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?"
Peniaga itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah."

Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah S.W>T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.
Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang.
Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal. Wallahu a'alam.

Wednesday, May 27, 2009

cerita sebenar

assalamualaikum
pada hari selasa malam yang lalu (26/5/09), saya telah menghadiri satu ceramah perdana yang bertajuk krisis di Perak. ceramah ini telah disampaikan oleh ketua pemuda pas pusat, sdr. Salahuddin Ayub dan ajk pas pusat, sdr Hanipa Maidin yang merangkap sebagai peguam bela bagi datuk seri nizar jamaluddin di mahkamah rayuan. sememangnya saya ingin mendapatkan penjelasan yang paling jelas mengenai kekeliruan yang berada di perak.

ceramah pertama disampaikan oleh sdr Hanipa Maidin dan beliau mengupas dengan lebih terperinci mengenai kejadian yang berlaku pada 7 Mei. semua orang sudah tahu mengenai perkara ini melalui media cetak terutamanya yang menyiarkan gambar kekecohan di dalam DUN perak. sebenarnya orang ramai telah ditipu oleh akhbar-akhbar yang pro kerajaan mengenai situasi sebenar yang berlaku. pertama sekali beliau menyentuh isu mogok lapar di Perak. mogok lapar ini sebenarnya hanya untuk penyokong-penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang bukan Islam sahaja. bagi yang Islam, dato' seri Nizar menyuruh mereka berpuasa sunat pada 1 Jamadil Awal. adakah berpuasa sunat juga dikira haram hukumnya. inilah fatwa yang dikeluarkan oleh mufti-mufti UMNO iaitu Dato' Noh Gadut dan Dto' Harussani Zakaria. mereka ini terlalu cepat melatah dan mengeluarkan pendapat mereka tanpa menyelidik terlebih dahulu. MB Pakatan Rakyat Perak menyuruh para penyokong Islam berpuasa sunat dan melakukan sembahyang hajat supaya dibukakan hati mereka yang berkuasa supaya membubarkan DUN.

beliau juga menceritakan situasi yang berlaku kepada Speaker Perak yang sah, V Sivakumar. YB Siva yang telah diseret keluar masih lagi speaker yang sah kerana sidang DUN pada 7 Mei itu tidak berlaku sebenarnya. penangguhan yang berlaku sebenarnya hanya untuk mengumpan YB Siva untuk keluar rehat di luar dewan. apabila kerusi kosong, mereka akan terus melantik speaker haram yang baru. tetapi YB Siva tidak sebodoh yang disangka. apabila sudah 3 kali penangguhan tidak berjaya, maka mereka menggunakan kekerasan dengan menyeret keluar YB Siva. mereka telah lupa bahawa YB Siva masih lagi ADUN Tronoh dan dia masih lagi mempunyai hak bersuara di dalam dewan walaupun beliau kehilangan kuasa Speaker.

semua ini berlaku akibat kesalahan dalam perancangan BN untuk merampas kuasa di perak. mereka hanya menumpukan kepada dato' seri Nizar seorang sahaja tetapi mereka tidak perasan yang speaker juga masih berkuasa di dalam dewan. sdr Hanipa juga mengulas mengenai pencabulan kuasa yang berlaku di perak. beliau telah menerangkan mengenai doktrin pengasingan kuasa yang ada dalam perlembagaan di Malaysia. kuasa judisiari, eksekutif dan legislatif tidak boleh di campur adukkan. masalah yang berlaku dalam DUN misalnya hanya boleh di selesaikan di dalam DUN sahaja. tidak boleh di bawa ke mahkamah. selain itu, polis juga tidak berkuasa di dalam DUN. apa yang berlaku di Perak adalah sebaliknya. ketiga-tiga kuasa ini dicampur adukkan. mereka telah mengingkari doktrin yang mereka setuju untuk di jalankan di Malaysia.

jika hendak diceritakan di sini memang tidak akan habis. jadi sekiranya anda ingin mendapatkan informasi yang sebenar tentang kemelut yang berlaku di Perak, jangan sekadar menonton berita di televisyen atau membaca akhbar yang pro kerajaan sahaja. cuba dapatkan penjelasan daripada pihak pembangkang pula mengenai apa yang berlaku. kita tidak boleh melihat perkara ini dari satu pihak sahaja.

wallahua'lam

Thursday, May 21, 2009

Ilmu Tajwid yang penting

assalamualaikum
teringat kata-kata seorang guru bahasa arab semasa bersekolah di seremban dulu, "satu huruf boleh ubah satu perkataan bahasa arab menjadi maksud yang lain" . lebih kurang macam ni lah dia cakap. kata-kata ini sememangnya saya ingat sampai bila-bila. apa yang saya cuba bincangkan di sini ialah kaitan kata-kata itu dengan pembacaan Kalam Allah yang Agung, al-Quran.

seperti yang kita sedia maklum, al-Quran diturunkan di dalam bahasa Arab dan membacanya dikira ibadah serta mendapat pahala. berdasarkan pengalaman saya, rata-rata orang Melayu kita masih lagi perlu mendalami ilmu pembacaan al-Quran atau Tajwid dan mengambil berat tentang soal ini. ramai lagi yang masih lagi keliru dengan bacaan panjang dan pendeknya. bagaimana yang dikatakan mengubah perkataan dan maksudnya?

jika satu kalimah yang pendek di baca dengan panjang maka ia diibaratkan seperti menambah huruf madd di situ. sebagai contoh
شهد jika ش dibaca dengan panjang maka ia seperti menambah أ dan mungkin ia akan menjadi maksud yang lain. secara automatiknya kita seperti telah mengubah isi kandungan al-Quran itu sendiri dan orang yang mengubah isi kandungan al-Quran itu dianggap berdosa. oleh itu, kita harus berwaspada dengan bacaan yang kita baca setiap hari dari segi Tajwid itu sendiri terutamanya. walaupun kita tidak tahu atau kurang arif tentang ilmu Tajwid ini, kita harus pergi berguru untuk mendapatkannya supaya apa yang kita baca akan mendapat pahala.

maksud saya di sini, jika kita benar-benar tidak tahu tentang perkara tersebut ataupun kita tidak mahu berlaku sedemikian ia tidak mengapa. jadi, kita perlu segera berjumpa dengan guru-guru yang mengajar tajwid supaya bacaan kita dapat diperbetulkan dan diharap tidak akan diulangi lagi kesalahan yang sama.

penekanan tentang panjang atau pendek bacaan ini telah ditekankan sejak awal lagi iaitu semasa kanak-kanak membaca buku IQRA' iaitu salah satu kaedah cara cepat membaca al-Quran dari Indonesia. walaupun buku ini saya dapati ada beberapa kelemahan, namun ia masih lagi sesuai digunakan. di dalam buku ini, jilid 2, penekanan terhadap panjang-pendek bacaan sudah ditekankan. terdapat juga arahan yang memberi amaran jika tersalah membaca akan merosakkan maknanya. walau bagaimanapun, apa yang saya perhatikan ialah penekanan terhadap perkara ini sangat kurang. jadi, kanak-kanak tersebut akan terbiasa membaca ikut style mereka tanpa mengambil berat

bagi saya, ilmu Tajwid ini amat penting dan wajib dipelajari oleh semua orang Islam. firman Allah :

ورتل القرءان ترتيلا
oleh itu, kita harus berusaha untuk membaca al-Quran itu sepertimana yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w kerana isi kandungannya tidak akan berubah hingga hari kiamat walaupun ada pihak yang cuba untuk mengubahnya. Firman Allah :
إنا نحن نزلنا الذكرى وإنا له لحفظون

Tajwid itu dari segi bahasa bermaksud membaik dan menghalusi. sesuai dengan maksudnya, ilmu tajwid itu memperbaiki dan menghalusi bacaan kita setaraf dengan martabat al-Quran itu sebagai kitab dan mukjizat yang teragung. saya percaya, orang ramai akan mudah belajar ilmu Tajwid ini kerana persekitaran yang baik dan terdapat banyak kelas-kelas mengaji dan Tajwid baik untuk kanak-kanak mahupun dewasa. ilmi ini seelok-eloknya diterapkan lebih awal kepada kanak-kanak.