Wednesday, May 27, 2009

cerita sebenar

assalamualaikum
pada hari selasa malam yang lalu (26/5/09), saya telah menghadiri satu ceramah perdana yang bertajuk krisis di Perak. ceramah ini telah disampaikan oleh ketua pemuda pas pusat, sdr. Salahuddin Ayub dan ajk pas pusat, sdr Hanipa Maidin yang merangkap sebagai peguam bela bagi datuk seri nizar jamaluddin di mahkamah rayuan. sememangnya saya ingin mendapatkan penjelasan yang paling jelas mengenai kekeliruan yang berada di perak.

ceramah pertama disampaikan oleh sdr Hanipa Maidin dan beliau mengupas dengan lebih terperinci mengenai kejadian yang berlaku pada 7 Mei. semua orang sudah tahu mengenai perkara ini melalui media cetak terutamanya yang menyiarkan gambar kekecohan di dalam DUN perak. sebenarnya orang ramai telah ditipu oleh akhbar-akhbar yang pro kerajaan mengenai situasi sebenar yang berlaku. pertama sekali beliau menyentuh isu mogok lapar di Perak. mogok lapar ini sebenarnya hanya untuk penyokong-penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang bukan Islam sahaja. bagi yang Islam, dato' seri Nizar menyuruh mereka berpuasa sunat pada 1 Jamadil Awal. adakah berpuasa sunat juga dikira haram hukumnya. inilah fatwa yang dikeluarkan oleh mufti-mufti UMNO iaitu Dato' Noh Gadut dan Dto' Harussani Zakaria. mereka ini terlalu cepat melatah dan mengeluarkan pendapat mereka tanpa menyelidik terlebih dahulu. MB Pakatan Rakyat Perak menyuruh para penyokong Islam berpuasa sunat dan melakukan sembahyang hajat supaya dibukakan hati mereka yang berkuasa supaya membubarkan DUN.

beliau juga menceritakan situasi yang berlaku kepada Speaker Perak yang sah, V Sivakumar. YB Siva yang telah diseret keluar masih lagi speaker yang sah kerana sidang DUN pada 7 Mei itu tidak berlaku sebenarnya. penangguhan yang berlaku sebenarnya hanya untuk mengumpan YB Siva untuk keluar rehat di luar dewan. apabila kerusi kosong, mereka akan terus melantik speaker haram yang baru. tetapi YB Siva tidak sebodoh yang disangka. apabila sudah 3 kali penangguhan tidak berjaya, maka mereka menggunakan kekerasan dengan menyeret keluar YB Siva. mereka telah lupa bahawa YB Siva masih lagi ADUN Tronoh dan dia masih lagi mempunyai hak bersuara di dalam dewan walaupun beliau kehilangan kuasa Speaker.

semua ini berlaku akibat kesalahan dalam perancangan BN untuk merampas kuasa di perak. mereka hanya menumpukan kepada dato' seri Nizar seorang sahaja tetapi mereka tidak perasan yang speaker juga masih berkuasa di dalam dewan. sdr Hanipa juga mengulas mengenai pencabulan kuasa yang berlaku di perak. beliau telah menerangkan mengenai doktrin pengasingan kuasa yang ada dalam perlembagaan di Malaysia. kuasa judisiari, eksekutif dan legislatif tidak boleh di campur adukkan. masalah yang berlaku dalam DUN misalnya hanya boleh di selesaikan di dalam DUN sahaja. tidak boleh di bawa ke mahkamah. selain itu, polis juga tidak berkuasa di dalam DUN. apa yang berlaku di Perak adalah sebaliknya. ketiga-tiga kuasa ini dicampur adukkan. mereka telah mengingkari doktrin yang mereka setuju untuk di jalankan di Malaysia.

jika hendak diceritakan di sini memang tidak akan habis. jadi sekiranya anda ingin mendapatkan informasi yang sebenar tentang kemelut yang berlaku di Perak, jangan sekadar menonton berita di televisyen atau membaca akhbar yang pro kerajaan sahaja. cuba dapatkan penjelasan daripada pihak pembangkang pula mengenai apa yang berlaku. kita tidak boleh melihat perkara ini dari satu pihak sahaja.

wallahua'lam

Thursday, May 21, 2009

Ilmu Tajwid yang penting

assalamualaikum
teringat kata-kata seorang guru bahasa arab semasa bersekolah di seremban dulu, "satu huruf boleh ubah satu perkataan bahasa arab menjadi maksud yang lain" . lebih kurang macam ni lah dia cakap. kata-kata ini sememangnya saya ingat sampai bila-bila. apa yang saya cuba bincangkan di sini ialah kaitan kata-kata itu dengan pembacaan Kalam Allah yang Agung, al-Quran.

seperti yang kita sedia maklum, al-Quran diturunkan di dalam bahasa Arab dan membacanya dikira ibadah serta mendapat pahala. berdasarkan pengalaman saya, rata-rata orang Melayu kita masih lagi perlu mendalami ilmu pembacaan al-Quran atau Tajwid dan mengambil berat tentang soal ini. ramai lagi yang masih lagi keliru dengan bacaan panjang dan pendeknya. bagaimana yang dikatakan mengubah perkataan dan maksudnya?

jika satu kalimah yang pendek di baca dengan panjang maka ia diibaratkan seperti menambah huruf madd di situ. sebagai contoh
شهد jika ش dibaca dengan panjang maka ia seperti menambah أ dan mungkin ia akan menjadi maksud yang lain. secara automatiknya kita seperti telah mengubah isi kandungan al-Quran itu sendiri dan orang yang mengubah isi kandungan al-Quran itu dianggap berdosa. oleh itu, kita harus berwaspada dengan bacaan yang kita baca setiap hari dari segi Tajwid itu sendiri terutamanya. walaupun kita tidak tahu atau kurang arif tentang ilmu Tajwid ini, kita harus pergi berguru untuk mendapatkannya supaya apa yang kita baca akan mendapat pahala.

maksud saya di sini, jika kita benar-benar tidak tahu tentang perkara tersebut ataupun kita tidak mahu berlaku sedemikian ia tidak mengapa. jadi, kita perlu segera berjumpa dengan guru-guru yang mengajar tajwid supaya bacaan kita dapat diperbetulkan dan diharap tidak akan diulangi lagi kesalahan yang sama.

penekanan tentang panjang atau pendek bacaan ini telah ditekankan sejak awal lagi iaitu semasa kanak-kanak membaca buku IQRA' iaitu salah satu kaedah cara cepat membaca al-Quran dari Indonesia. walaupun buku ini saya dapati ada beberapa kelemahan, namun ia masih lagi sesuai digunakan. di dalam buku ini, jilid 2, penekanan terhadap panjang-pendek bacaan sudah ditekankan. terdapat juga arahan yang memberi amaran jika tersalah membaca akan merosakkan maknanya. walau bagaimanapun, apa yang saya perhatikan ialah penekanan terhadap perkara ini sangat kurang. jadi, kanak-kanak tersebut akan terbiasa membaca ikut style mereka tanpa mengambil berat

bagi saya, ilmu Tajwid ini amat penting dan wajib dipelajari oleh semua orang Islam. firman Allah :

ورتل القرءان ترتيلا
oleh itu, kita harus berusaha untuk membaca al-Quran itu sepertimana yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w kerana isi kandungannya tidak akan berubah hingga hari kiamat walaupun ada pihak yang cuba untuk mengubahnya. Firman Allah :
إنا نحن نزلنا الذكرى وإنا له لحفظون

Tajwid itu dari segi bahasa bermaksud membaik dan menghalusi. sesuai dengan maksudnya, ilmu tajwid itu memperbaiki dan menghalusi bacaan kita setaraf dengan martabat al-Quran itu sebagai kitab dan mukjizat yang teragung. saya percaya, orang ramai akan mudah belajar ilmu Tajwid ini kerana persekitaran yang baik dan terdapat banyak kelas-kelas mengaji dan Tajwid baik untuk kanak-kanak mahupun dewasa. ilmi ini seelok-eloknya diterapkan lebih awal kepada kanak-kanak.

Sunday, May 17, 2009

Sebab Allah haramkan babi

Soalan
Islam telah mengharamkan umatnya daripada memakan daging babi, apakah falsafahnya dan bagaimana ia boleh dikongsi dengan orang lain?

Jawapan

Sejak manusia pertama dijadikan sudah diperintahkan agar tidak memakan daging babi. Falsafahnya Allah SWT sukakan yang baik dan menyuruh manusia pilih yang baik. Oleh yang demikian Allah SWT melarang umat manusia daripada memakan perkara yang boleh mengundang mudarat kepada jiwa dan raga.

Setiap suatu yang ditegah daripada memakannya pasti ada sebab musababnya. Allah SWT tidak menjadi suatu itu haram, melainkan ada mudaratnya dan menjadikan sesuatu itu halal pasti ada manfaatnya.

Wabak yang sedang hebat menular dan berjangkit tanpa memberitahu kepada mangsa. Influenza A (H1N1) yang menjadi pembunuh senyap yang memulakan operasinya di Mexico kini sudah sampai ke negara jiran, Thailand.

Sebelum ini masyarakat Malaysia hanya menatap dan membaca serta mendengar mengenai virus ini di samping meluahkan rasa simpati kepada mangsa. Itu dua minggu lepas tetapi hari ini sudah berada tidak jauh dari rumah kita (Malaysia).

Seperti mana yang difahamkan oleh para saintis dan pakar-pakar perubatan bahawa virus ini merebak melalui udara, tidak semestinya di kampung kita ada babi baru boleh kena. Babi tak ada pun boleh kena, ini kerana udara yang membawanya.

Virus ini tersebar melalui titisan air pernafasan dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Persoalannya bagaimana manusia dijangkiti virus ini?

Jawapannya, manusia selalunya dijangkiti Influenza A (H1N1) melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus ini.

Namun ada juga kes yang dicatatkan di mana manusia yang dijangkiti virus ini tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan babi atau tiada kaitan dengan persekitarannya. Virus ini juga boleh berjangkit melalui manusia. Kalau begitu keadaannya, penyakit ini sudah ada vaksinnya? Jawapannya, setakat ini tiada vaksin yang boleh mencegah jangkitan virus ini.

Islam mempunyai penyelesaiannya, Allah SWT yang menjadikan manusia dan yang menjadikan selain manusia telah mengharamkan secara qatie (pasti) bahawa daging babi tidak boleh dimakan.

Firmannya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Baqarah: 173).

Ulasan Sayyid Qutub menarik minat saya untuk dikongsikan di sini, beliau menjelaskan: “Adapun persoalan mengenai memakan daging babi diperdebatkan oleh sekumpulan manusia... babi itu sendiri bersifat kotor dan menjijikkan jiwa yang menuntut kebersihan dan kesucian, sesungguhnya pada dagingnya, pada darahnya, dalam perutnya ada cacing-cacing yang sangat merbahaya.

Cacing yang sangat berbahaya

“Sedang manusia lupa bahawa ilmu mereka memerlukan tempoh yang cukup lama untuk mengesan satu kemudaratan daripadanya. Dalam masa yang sama siapa pula yang berani mendakwa tiada mudarat-mudarat lain yang membiak dan aktif dalam daging babi sedang belum diketahui oleh mereka yang bergelar pakar. Maka tidakkah mereka melihat bagaimana syariat Allah SWT mendahului kepakaran manusia sebelum puluhan kurun?” ( Sayyid Qutub, jld:1, hlm: 156).

Larangan ini juga termasuk menyentuh atau memegang binatang tersebut. Dunia perubatan pada hari ini telah membuktikan bahawa di dalam daging babi, darah dan usus-ususnya terdapat sejenis cacing yang sangat berbahaya (cacing pita dan telur-telurnya yang keras) yang boleh mendatangkan penyakit kepada manusia.

Inilah hikmah pengharaman ke atas binatang tersebut. Di sini telah terbukti betapa agungnya syariat Allah SWT yang mendahului ilmu pengetahuan manusia.

Dalam surah yang sama Allah SWT mengajak manusia keseluruhannya supaya makan makanan yang halal lagi baik, firman-Nya yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (al-Baqarah: 168).

Seruan “Wahai manusia”, dalam ayat di atas memperlihatkan bahawa Allah SWT yang Maha Agung Pencipta segala sesuatu yang bersifat Rahman, menyeru agar siapa sahaja dia sama ada mukmin mahu pun kafir, Dialah Pencipta mereka dan Dialah yang menunjukkan kepada manusia yang mana harus dimakan dan yang mana tidak boleh dimakan.

Dan makanan yang dimakan itu mestilah sifatnya halal dan baik. Halal dari sudut hukum dan baik dari sudut zatnya.

Anehnya manusia suka mendekati yang haram yang jelas mendatangkan mudarat sedangkan yang halal cukup banyak. Ingatlah yang haram hanyalah sedikit dan yang halal itu tidak terhitung oleh manusia.

Friday, May 15, 2009

16 Mei setiap tahun


assalamualaikum
tahun ni tarikh keramat ni jatuh pada hari sabtu (esok). jadi banyak skola yang tunda kepada hari isnin. macam skola saya, hari isnin ni sepatutnya peperiksaan pertengahan tahun tapi tunda hari laen. biase nyer kalau hari guru ni memang x blaja satu hari. kali ni saya kene jadi ajk persiapan tempat. x tau la leh wat keje ke x sbb kaki saya sakit lagi. sure diorang suruh duduk tengok jer.

balik kepada tajuk, khutbah ari ni citer pasal hari guru. guru memang segala-galanya dalam kehidupan seseorang. semua orang ade guru tak kira la formal atau tidak. ibu bapa juga dikira sebagai guru pertama di rumah. kalau cter pasal guru ni biasenyer merujuk kepada hormat, sayang dan lain-lain la terhadap guru. tapi kali ni saya nak cter soal tanggungjawab sebagai seorang guru.


semua perkara ni saya faham apabila sudah bergelar seorang guru sandaran tidak terlatih di sebuah sekolah cina di kampung. saya merasakan bahawa tanggungjawab sebagai guru pendidikan islam memang besar dan berat. bukan mudah nak mendidik anak melayu yang bi'ah nya adalah bi'ah orang cina. pergi skola pakai skirt, pakai seluar pendek, makan makanan cina dan pelbagai lagi. paling teruk ialah sembahyang fardhu ditinggalkan. memang susah hendak mendidik anak-anak sebegini tetapi saya gigihkan juga untuk mendidik mereka demi menegakkan syiar Islam.

bagi saya tanggungjawab mendidik perkara fardhu ain sebegini bukan hanya terletak di bahu para guru. kebiasaannya ibu bapa akan menyerahkan tanggungjawab ini bulat-bulat kepada guru kerana di pelajaran di sekolah adalah di bawah tanggungjawab guru. tetapi guru hanya mengajar dan untuk mempraktikkannya memerlukan kerjasama daripada ibu bapa. bukan sahaja dalam soal agama malah dalam bidang akademik yang lain. sebagai contoh pelajaran matematik. jika tidak banyak membuat latihan di rumah maka pelajar akan lalai dan pelajar biasanya tidak akan membuat latihan atas inisiatif sendiri. mereka perlu mendapat pengawasan daripada ibu bapa. sebab itu saya katakan yang peranan ibu bapa juga penting dalam memastikan kelangsungan ilmu yang di ajarkan kepada anak-anak mereka.

dalam bidang pendidikan islam, amalan fardhu ain ini hanya mampu saya ajar sahaja di sekolah dan selebihnya harus dipraktikkan di rumah. berbuih mulut ajar sembahyang tetapi bila ditanaya sama ada solat atau tidak, para pelajar hanya geleng kepala. saya tidak akan menyalahkan anak-anak tersebut. ini semua berpunca daripada ibu bapa. jika mereka menguatkuasakan 'undang-undang' solat di rumah, mustahil anak-anak tersebut akan meninggalkan solat. paling teruk sekali ialah ibu bapa juga sama sekali tidak solat. mane tanggungjawab ibu bapa dirumah?

oleh itu, jangan salahkan guru jika anak-anak anda di marah, di rotan di sekolah. selidik dulu mengapa mereka di marah. guru tidak akan marah atau denda pelajar sewenang-wenangnya tanpa ada alasan yang kukuh. selain itu, jangan juga salahkan guru jika anak anda mempunyai sahsiah yang teruk. lihat tanggungjawab dan peranan anda di rumah. anak-anak hanya mempunyai beberapa jam sahaja di sekolah dan selebihnya adalah di rumah.

satu perkara lagi, apa yang saya dapat perhatikan di sekolah cina ialah ibu bapa para pelajar sangat ambil berat terhadap perkembangan pelajaran anak-anak mereka. mereka akan berjumpa dengan guru mata pelajaran setiap hari untuk bertanyakan prestasi anak-anak mereka. saya pernah melihat seorang ibu yang pergi berjumpa dengan guru pada waktu sekolah dan pada waktu petang dia akan duduk di sebuah meja di luar rumah menghadap anaknya membuat latihan yang diberikan guru. bagi saya amalan seperti ini sudah semakin pupus dalam masyarakat melayu.

oleh itu, tanggungjawab ibu bapa dan guru perlu dilaksanakan kedua-dua pihak bagi memastikan para pelajar mendapat keputusan yang cemerlang. bukan guru sahaja yang perlu dihormati tetapi ibu bapa juga perlu di hormati kerana mereka adalah guru kita

Thursday, May 14, 2009

Al-Quran Kalamullah

assalamualaikum
hari ni saya tergerak hati untuk menulis tentang al-Quran yang mempunyai banyak isi kandungan yang berguna. kita sering mendengar Islam itu syumul (menyeluruh) dan bagaimana kita hendak mengetahui kesyumulan itu adalah daripada al-Quran itu sendiri. hal ini kerana al-Quran itu adalah kalamullah yang semuanya datang daripada Allah. di dalamnya terkandung semua perkara yang meliputi kehidupan manusia. subhanallah... memang hebat Allah itu kerana telah mengaturkan untuk manusia apa yang perlu di dalam hidup ini. semuanya telah diatur dengan cukup cantik dan meliputi semua seperti muamalat, perkahwinan, jenayah, faraid dan macam-macam lagi.

akan tetapi, apa yang berlaku sekarang ini adalah manusia sendiri menolak ketetapan yang telah termaktub di dalam al-Quran terutama sekali mereka yang mengaku diri mereka Islam. mereka sepatutnya lebih memahami isi kandungan al-Quran lebih daripada orang kafir tetapi sebaliknya pula yang berlaku. orang kafir berebut-rebut untuk mengetahui isi kandungan al-Quran bukan untuk kebaikan tetapi untuk MENJATUHKAN umat Islam itu sendiri. inilah perkara yang paling orang Islam tidak sedar.

kepada manusia yang menolak ketetapan Allah di dalam al-Quran cuba anda fikir sejenak. mengapa Allah menetapkan hukum yang sedemikian? sudah tentu untuk kebaikan manusia itu sendiri dan Allah memang memahami tingkah laku manusia kerana Allah yang menjadikan kita. tak kan pula kita hendak mengingkari perintah Pencipta kita. kita ini hanya hamba yang perlu menurut perintah sahaja. dan Allah telah menganugerahkan akal kepada kita untuk berfikir dengan sebaiknya bukan untuk melawan perintahNya.

jika kita lihat di Malaysia, suatu ketika dulu heboh diperkatakan tentang Pas ingin menegakkan hukum hudud. hukum tersebut siapa yang cipta? sudah tentu Allah yang Maha Mengetahui. tetapi mengapa ade sesetengah phak yang mempertikaikan tentang kesesuaian hukum tersebut? ada yang mengatakan hukum tersebut menganiaya orang dan bemacam-macam lagi. selain itu, satu hujah untuk mereka menolak hukum hudud dilaksanakan di Malaysia ialah hukum ini tidak boleh dilakukan terhadap orang kafir di Malaysia.

jika di lihat semula pada zaman Rasulullah s.a.w, hukum ini tertakluk kepada semua orang yang tinggal di dalam negara Islam dan tidak mengira agama dan kaum. kesannya, kurang masalah sosial yang berlaku. jika dilakukan di Malaysia sudah tentu masalah sosial tidak akan menjadi seteruk seperti hari ini. inilah kesannya jika menolak hukum Allah. secara tidak langsung mereka menolak isi kandungan al-Quran dan orang yang menolak isi kandungan al-Quran itu boleh terbatal imannya kerana beriman kepada kitab itu salah satu daripada rukun iman..

oleh itu, jika kita tidak mampu untuk menegakkan hukum Allah dan menggunapakai isi kandungan al-Quran di zaman ini, cukup sekadar kita menyokong usaha-usaha untuk memartabatkannya dan bukannya menolak mentah-mentah tanpa melihat kepada

Wednesday, May 13, 2009

ANJING-ANJING NERAKA

S abda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah Al-Qur'an
· tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.

· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"

Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."

Tuesday, May 12, 2009

Zambry masih MB, krisis Perak berlarutan


Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah. Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

Apa yang pelik di sini ialah mengapa Zambry kembali menjalankan tugas sebagai MB walhal dia cuma sedang memohon penangguhan dan sepatutnya Nizar yang memangku bukannya dia. Zambry cuma sedang merayu sahaja.
keputusan mahkamah tersebut bukan hanya melibatkan Nizar dan Zambry sahaja tetapi melibat semua exco masing-masing.

adakah kejadian ini sudah dirancang awal-awal lagi? kita sebagai rakyat hanya mampu melihat dan tidak mampu berbuat apa-apa. selain itu, ada pihak yang menggesa DUN di Perak dibubarkan dan rakyat memilih semula pemimpin yang dirasakan betul-betul layak. cadangan ini juga dipersetujui oleh SUHAKAM danpenyelesaian kepada masalah Tengku Razaleigh kerana berpendapat ini adalah satu-satunya cara keluar dari masalah yang membelit Perak, merosakkan keluhuran undang-undang, mencalarkan badan kehakiman, polis dan perkhidmatan awam negeri, dan mencemarkan sistem beraja di mata umum.

saya berasakan bahawa satu perubahan besar bakal berlaku bukan hanya di Perak tetapi di seluruh Malaysia. perubahan dalam tampuk pemerintahan dan ia akan berlaku semasa pilihan raya yang akan datang. oleh itu, sama-samalah kita mengharungi segala kekecohan dan perubahan yang berlaku dalam sistem politik di Malaysia. yang pasti, rakyatlah yang akan menjadi 'hakim' kepada semua yang berlaku ini.

wallahua'lam

Monday, May 11, 2009

Nizar MB yang sah


Alhamdulillah kerajaan negeri Perak masih lagi di bawah naungan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh wakil rakyat Pas, Dato' Seri Nizar Jamaluddin. saya rasa ramai yang boleh menjangkakan keputusan ini atas pelbagai faktor. masyarakat sekarang sebenarnya tidak mudah lagi ditipu seperti dahulu. mereka sudah boleh 'nampak' siapa yang benar-benar layak untuk menjadi pemimpin mereka.

antara alasan yang dikemukakan oleh Nizar untuk mempertahankan jawatannya ialah :
(i) Tidak terdapat pembubaran DUN Perak;

(ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh DUN terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan

(iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak.

selain itu, saya ingin menulis serba sedikit pandangan saya mengenai pemilihan seorang pemimpin. bagi saya pemimpin itu haruslah yang benar-benar boleh memimpin rakyatnya dari segenap aspek. bukan sahaja dari segi politik malah aspek agama, kebajikan, dan lain-lain juga harus dititikberatkan. jadi, untuk menjadi seorang pemimpin bukanlah mudah dan mempunyai tanggungjawab yang besar. dan segala tanggungjawab tersebut akan di soal di akhirat kelak. oleh itu, kita sebagai rakyat harus bijak memilih pemimpin yang betul-betul boleh memimpin kita dunia akhirat.

wallahua'lam

Sunday, May 10, 2009

Khutbah Jumaat 8 Mei


assalamualaikum
saya tertarik dengan khutbah jumaat yg disampaikan oleh khatib di kampung saya jumaat lalu. bagi saya khutbah jumaat sepatutnya lebih berkaitan dengan permasalahan akidah yang melanda umat islam di malaysia sekarang ini. saya tidak kata khutbah itu tidak boleh menyentuh aspek lain cuma patut di tekankan mengenai soal akidah kerana sekarang ni terlalu banyak permasalahan akidah yang timbul. khutbah lalu bertajuk ajaran sesat di Malaysia.

saya berminat untuk menulis di sini tentang ajaran sesat kerana saya pernah berpengalaman mempunyai seorang rakan yang menjadi salah seorang pengikut ajaran rufaqa'. beliau sungguh taksub dengan Abuya Ashaari tersebut. bagi saya tidak salah untuk mendalami ilmu agama cuma kita tidak perlu sehingga terlalu mengagung-agungkan tok guru tersebut. sebagai contoh menurut buku yang diterbitkan rufaqa' iaitu "Ashaari Haji Muhammad: Pemimpin Paling Ajaib di Zamannya" yang ditulis oleh isteri ketiga Abuya, Khadijah Aam, memberitahu bahawa Abuya itu seorang yang boleh menangguhkan kematian. diceritakan bahawa salah seorang isteri Abuya telah meninggal dunia dan Abuya memberitahu bahawa beliau telah menangguhkan kematian tersebut. sepatutnya anak lelaki beliau yang dicabut nyawanya terlebih dahulu tetapi beliau telah 'berunding' untuk menangguhkan kematian anaknya dan digantikan dengan isterinya. Na'uzubillah...

jika ingin diceritakan mengenai kesesatan Abuya ini memang tak habis. masyarakat perlu bijak untuk memilih ajaran yang betul-betul di jalan yang benar. bukannya main hentam kromo sahaja. kita perlu menyelidik terlebih dahulu isi kandungan yang terkandung di dalam sesetengah ajaran. sebagai contoh jika terdapat ajaran yang memberitahu pergerakan mereka adalah secara rahsia maka kita perlu berfikir adakah sesebuah ajaran agama itu bergerak secara rahsia?? sungguh tidak logik. sepatutnya soal agama perlu dihebahkan. maka kita tidak perlu untuk menyertai sesebuah gerakan kerana cukup dengan kita pergi menghadiri majlis-majlis ilmu yang diadakan di masjid atau surau dan ditambah lagi dengan pembacaan yang banyak. jika terdapat kemusykilan terus sahaja rujuk kepada orang yang betul-betul arif dan diiktiraf seperti mufti, imam, ustaz, dan sebagainya. maka dengan cara ini kita akan dapat elakkan diri daripada mendapat fahaman yang salah jika kita mengikut sesebuah ajaran yang belum tentu lagi kesahihan ajarannya.

selain itu, masyarakat harus peka terhadap informasi yang diberikan oleh jabatan agama islam negeri supaya kita boleh mengambil tindakan terhadap segala maklumat yang diberikan dan menyebarkan pula kepada orang lain. oleh itu, kita akan terus berada di jalan yang diredhai Allah dan sentiasalah kita memohon kepada Allah supaya tidak memalingkan hati kita daripada agama Islam yang diredhai-Nya ini

Saturday, May 9, 2009

Huru-hara di Perak...

Lucu, aneh, geram tapi ini semua memang benar-benar berlaku. semalam saya buka berita harian online. memang rutin saya kt skola kalau da x de kelas saya akan baca berita online. saya tertarik headline semalam iaitu mengenai kekecohan di perak. bile da habis bace cerita dia saya terdiam, pastu rasa lawak pun ada. adegan yang amat memalukan kerana mereka seperti kanak-kanak yang berebut gula-gula. hanya kerana kuasa para ADUN di perak berbalah sesama mereka.

bagi saya, soal politik sebegini saya tak akan tengok sebelah pihak sahaja. saya pun bukak harakahdaily dan suara keadilan. dari situ saya dapat link ke laman blog adun titi serong, drs khalil idham lim. di situ barulah saya dapat tahu siapa yg buat kecoh sebenarnya. pihak kerajaan sengaja membuat sidang DUN tersebut hanya sebagai helah untuk melucutkan jawatan V. Sivakumar. mereka bertindak tanpa menunggu keputusan daripada mahkamah mengenai status penggantungan mereka.

bagi saya tindakan siva mengarahkan 10 orang ADUN BN keluar adalah patut kerana mereka masih lagi digantung . jadi dia sememangnya menggunakan kuasa nya dengan betul. tetapi mereka tetap berdegil dan berkeras tidak mahu keluar dari dewan. sebaliknya siva telah diperlakukan seperti binatang. beliau telah diseret keluar dari dewan tersebut oleh polis. saya amat sedih apabila melihat beliau diperlakukan sebegitu. di sini saya sertakan gambar beliau di seret.
adakah patut seorang Speaker diperlakukan sebegini?

selain itu, apa yang menghairankan saya ialah mengapa pihak polis berkuasa di dalam dewan ini. mereka juga berkumpul di perkarangan dewan seperti ada rusuhan. mereka juga tidak mempunyai apa-apa kuasa semasa persidangan DUN. mereka tidak boleh memperlakukan tindakan seperti menangkap apatah lagi menyeret seperti di atas. saya percaya perkara di atas dilakukan oleh pihak polis walaupun mereka berpakain kemeja.

mengapa mereka berkumpul??? hairan...

satu perkara lagi ialah kehadiran manusia-manusia misteri yang 'menyerikan' lagi proses rampasan kuasa di persidangan DUN Perak. kehadiran mereka ini seperti dirancang untuk menambahkan lagi kekecohan yang sudah sedia berlaku. jelas ini adalah tindakan pihak-pihak yang ingin merampas kembali tampuk pemerintahan daripada Pakatan Rakyat.

suasana tegang di meja Speaker

siapa mereka ini?


inilah deretan manusia yang membantu dalam rampasan kuasa ini

jadi saya ingin mengajak anda semua supaya berfikir dan selidik terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan mengenai sebarang pergelutan yang berlaku dalam senario politik di malaysia sekarang. kita tidak boleh terus percaya dengan kata-kata satu pihak sahaja tanpa mendengar pendapat yang satu lagi

wassalam.

Friday, May 8, 2009

PEREMPUAN SATU ANUGERAH...

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w..t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.


4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendakla­h mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a..w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Bersederhana itu kekayaan yang nyata

"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi
miskin"

Jika perlu marah, marahlah tetapi usah terlupa dengan perkataan sabar;
jika perlu menangis, menangislah tetapi usah terlupa dengan perkataan
tenang;
jika perlu patuh, patuhlah tetapi jangan sampai hilang kemerdekaan.

Jika mahu miskin, miskinlah tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah
menjadi kufur;
kalau mahu kaya, kayalah tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa
perkataan sedekah;
jika mahu menjadi warak, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan
sampai terlupa keperluan dunia.

Kalau mahu sebuah kereta mewah, belilah selagi mampu dan menepati keperluan
semasa;
kalau mahu dua buah rumah, belilah asal jangan sampai tak tahu makna
perkataan puas;
kalau mahu menimbun harta, bekerja keraslah asal jangan sampai terlupa
ibadah.

Kalau mahu berhibur, berhiburlah asal tidak terlalu sakan dan menyalahi
syariat;
kalau mahu memperkatakan hal orang, berkatalah asal jangan sampai
mengumpat;
kalau mahu cemburu dengan kejayaan orang, cemburulah asalkan anda pun
berusaha kuat sepertinya.

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya.
Bersederhana dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara.
Orang yang terlalu kaya kadang-kadang apabila miskin terus muflis;
orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh terus sasau;
orang yang terlalu kuat kadang-kadang apabila lemah terus tidak tidak
berdaya.

Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba
kepada harta;
binalah ibadah banyak-banyak tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia;
binalah kedudukan di tengah manusia tetapi jangan sampai hilang kepercayaan
orang dan tercalar maruah diri.

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk
makan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya bersederhana dalam
beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan di jalanan
juga ibadah, menasihati orang juga ibadah.

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang di mata dunia. Dia tidak akan
hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia
terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang
mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada
rasa dingin dan panas yang membakar.

Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah
menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan."

Hendak bersedekah jangan sampai jatuh miskin; menyimpan harta jangan sampai
digelar si bakhil, beribadah jangan sampai semakin jahil.

Kata sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang
yang bersifat tawaduk dan lemah lembut."

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhana yang nyata, membangkitkan kasih
sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia
maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau senda
dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.

Bersederhana adalah jawapan kepada segala-galanya.

Tuesday, May 5, 2009

angkara manusia

assalamualaikum sumer..
ari kamis aritu aku pegi satu forum perdana kt dataran keris, alor gajah. aku tertarik nak pergi forum tu sbb ahli panel dia. dato' hassan din dan ust wan akashah. tajuk nyer pulak ialah 'angkara manusia'.

pusingan pertama aku rasa mcm terpesong sket. tp aku ttp hayati ape isi-isi yg diberikan. soalan pulak lebih tertumpu soal kebersihan walhal bagi aku skop tajuk ni amat luas. moderator boleh mempelbagaikan soalan untuk di tanya pada ahli panel.

antara isi-isi yang aku dapat mlm tu ialah aspek yg perlu ada dlm sesebuah negeri/negara maju:
1) ruhiah (jiwa)
2) akliah (pemikiran)
3) jasadiah (tubuh badan)
4) ijtima'iah (kesatupaduan)
5) iqtisodiah (ekonomi)
6) siasiah (politik)
bagi aku semua ni memang penting untuk memajukan sesebuah negara. tapi ade lagi yang paling penting iaitu kewujudan tanggungjawab dalam setiap individu rakyat.

selain tu antara pesanan yg diberikan oleh ahli panel ialah kekalkan kemajuan yg sedia ada, bersyukur dengan apa yg ada dan jangan salah guna nikmat.

sekian, wassalam.