Saturday, December 22, 2012

Ermm sedapnya 'coklat' ni

Pagi ni terlihat satu iklan tv yang membuatkan saya tergelak semula. Peristiwa melucukan ni berlaku kira-kira  10 tahun lepas. Semuanya berlaku gara-gara tamak haloba muahahaha...

Cerita dia macam ni, ada seorang kenalan parents baru pulang dari Langkawi (agaknya) dari US dan dia menyuruh datang ke rumahnya ambil buah tangan. Saya pun pergilah naik basikal ke rumahnya. Sampai sahaja di rumah, dia pun keluar sambil membawa satu plastik kecil coklat.

Setelah mengucapkan terima kasih saya pun pulang ke rumah. Tak jauh pun, tak sampai satu kilometer. Masa sedang mengayuh tu, saya cuba intai-intai coklat dalam plastik tu. 

Friday, December 21, 2012

Majlis Bacaan Yasin Kelas Al-Quran Ideal

Malam tadi saya telah hadiri majlis bacaan Yasin dan Solat Hajat anjuran Kelas Al-Quran Ideal. Kelas ni sebenarnya memberi saya banyak pengalaman dalam mengendalikan sebuah kelas Quran. 

Nak cerita sejarah sket. Saya mula mengajar kat sini pada Februari 2010 kalau tak silap. Mengajar kanak-kanak seawal umur 5 tahun sehinggalah 17 tahun. Kelas ni memfokuskan kepada pembelajaran Al-Quran dan juga Fardhu Ain. Sistemnya juga lebih mirip kepada kelas KAFA tetapi dalam bentuk yang simple.

Thursday, December 20, 2012

Ketapang oh Kepatang!

Assalamualaikum

Entri kali ni mungkin berbeza sket dari segi bentuk penulisan. Saya masih cuba lagi mencari style yang selesa untuk menulis. Maklumlah baru je nak menulis balik.

Ok lah hari ni entri bermula dengan cerita pasal makan. Makan lagi.... tapi hari ni ade orang belanja. Tuan Haji Bahtiar dah berjanji nak belanja kami semua makan tengah hari kt warung Ketapang.

Tapi malangnya beliau sendiri tak dapat join. Kene 'kurung' dengan MARA katanya sebab meeting tak abis lagi. Jadi, lebih kurang 30 orang penyamun ramai2 jalan kaki pergi ke sana.

Kedai ni terletak berhampiran dengan pejabat pos Jalan Dewan Sultan Sulaiman. Kalau tak jumpa kedai ni, masuk pejabat pos tu, ambil nombor, pastu tanya kat staf tu mane kedai Ketapang. Hahaha

Bawah ni semua gambar-gambar di tempat kejadian.

Port Lepak Hari-hari

Assalamualaikum

Ada satu kedai ni, kalau sehari tak pergi rasa macam ada yang tak kena. Semuanya bermula bila seorang kawan ni, Shameer ajak pekena teh ais kat sini. Start daripada tu, terus melekat hari-hari sampai sekarang. 

Menu lain semua sama tapi teh ais dia memang kaw! Rahsianya?? Sila lah datang sendiri ye..


Introducer.. mengamuk dia sebab tak letak gambar dia.. klik gambar kalau nak add hahah


Ni signboard keramat kedai ni.. sebelah maybank permaisuri

Wednesday, December 19, 2012

Bengkel SEA (Student Entrepreneurship Association)

Assalamualaikum

Setelah Pertandingan Perniagaan 1 Malaysia (PP1M) dibatalkan, kami terus ditugaskan untuk handle bengkel ni. Bengkel 2 hari ni untuk para committee pertandingan yang juga diserap menjadi ahli SEA Canseleri UniKL.

Bila dah jadi bengkel tergempar ni, semua aktiviti kene fikir secara express.. hehe sebab nak mengatur aktiviti selama 2 hari ni bukan mudah.. Kene tengok penyertaan, mood dll.. Harap2 bengkel ni berjalan dengan lancar.. Insyaallah