Pagi ni terlihat satu iklan tv yang membuatkan saya tergelak semula. Peristiwa melucukan ni berlaku kira-kira 10 tahun lepas. Semuanya berlaku gara-gara tamak haloba muahahaha...
Cerita dia macam ni, ada seorang kenalan parents baru pulang dari Langkawi (agaknya) dari US dan dia menyuruh datang ke rumahnya ambil buah tangan. Saya pun pergilah naik basikal ke rumahnya. Sampai sahaja di rumah, dia pun keluar sambil membawa satu plastik kecil coklat.
Setelah mengucapkan terima kasih saya pun pulang ke rumah. Tak jauh pun, tak sampai satu kilometer. Masa sedang mengayuh tu, saya cuba intai-intai coklat dalam plastik tu.