Friday, January 25, 2013

Rasulullah saw Kekasih Allah

Semalam, 12 Rabiul Awwal adalah tarikh yang saban tahun rakyat Malaysia akan bercuti kerana ada sesuatu yang amat penting kepada seluruh umat Islam. Tarikh yang merupakan hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw di Makkatul Mukarramah. Nabi terakhir, penghulu segala Nabi dan juga yang paling penting sekali adalah pemberi syafaat kepada kita semua di akhirat kelak.

Saya tak mahu komen tentang betul atau salah apa yang kita lakukan di Malaysia. Memakai sepersalinan baju Melayu, seperti hari raya, berarak dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain sambil membawa sepanduk dan berselawat ke atas Nabi.

Moga segala amalan kita itu diterima oleh Allah dan sekaligus menggambarkan kecintaan kita kepada Rasulullah saw.

Thursday, January 24, 2013

InstaWeather... Poyo

Tajuk entri ni mesti ramai yang pelik kan kenapa ada poyo kat hujung tu. Hehe sebelum tu nak cerita pasal apps yang makin popular sekarang ni, InstaWeather. Mul-mula ingatkan semua detail (suhu, lokasi dll) adalah plugin kepada Instagram. Lepas tu, aku pun check lah kalau ada update untuk Instagram tapi takde. Akhirnya setelah membuat risikan rupanya ada apps baru dan aku pun terus install. Not bad and simple apps.

Gambar pertama guna apps ni. 

*nampak tak poyo kat situ hahahaha

Wednesday, January 23, 2013

Cara Merawat Hati


Pelbagai perkara yang kita lalui setiap hari dan kadangkala perkara itu bercampur antara yang hak dan yang batil. Namun, apa yang merisaukan kita adalah jika perkara yang kita lakukan itu akan mengeraskan hati kita dan akhirnya lalai akan suruhan Allah dan semakin kurang rasa cinta kita kepada Rasulullah s.a.w.
Terdapat 18 cara dan rawatan hati yang perlu dilakukan supaya hati kalian dapat dirawat dan terhindar daripada penyakit hati. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :


1. Mentarbiah hati supaya mencintai Allah SWT dengan sedalam-dalamnya.
2. Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
3. Mendekatkan kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.
4. Khusyuk dalam solat.
5. Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT.