Monday, March 25, 2013

Kem Jati Diri

Hujung minggu yang baru lepas saya kembali semula kepada kerjaya yang saya minat iaitu menjadi seorang fasilitator. Tugas fasilitator ini telah bermula sejak penghujung tahun 2009 di bawah naungan Wirajaya Excellence and Consultancy dan terkini adalah anak syarikatnya iaitu MAN Team Resources.

Baiklah, untuk weekend yang lalu saya terlibat dengan dua buah sekolah iaitu SMK(P) Air Panas dan juga SMK Sri Bintang Utara (SBU). Bagi sekolah perempuan tu, saya cuma bersama mereka hari jumaat malam sahaja kerana hari Sabtu pagi saya bersama SBU.

Bagi sekolah perempuan Air Panas, saya menjadi fasilitator mereka untuk program kepimpinan pengawas. Sewaktu tiba di kem, mereka sedang menjalankan aktiviti Debat Parlimen dan sudah tentunya suasana menjadi riuh-rendah dengan isu yang diperdebatkan.


Friday, March 22, 2013

Arrow and Bows

Jangan salah anggap yer. Ini bukannya memanah betul-betul tapi cobaaan... EH!


Inilah yang saya maksudkan. Arrow TV Series yang sebenarnya baru musim pertama dan yang terkini baru lepas tengok tadi episod 17. Awalnya saya tak tahu langsung pasal cerita ni sampailah ada satu hari tu, ada seorang kawan ni kat ofis layan cerita ni.

Thursday, March 21, 2013

Tahniah Adikku!

Tahniah diucapkan kepada Najwa sebab dapat result SPM yang lebih cemerlang dari abang dan kakaknya. Jangan tanya abang dia dapat berapa.. tampo kang hehehe

7A 4B dah cukup cemerlang dah tu. InsyaAllah teruskan cita-citamu untuk sambung Medic ke Mesir!


Murahnyeee

"Murah!"
"Murah!"
"Murah!"

Memang murah!

Apa yang murah?

Persoalan Binaan di Kubur

Siang tadi semasa bertweet dengan seorang rakan, dia mengutarakan soalan ini,

"Kenapa kita (Melayu) buat batu simen atas kubur? Sedangkan khalifah, saudara, keluarga zaman nabi dulu pakai batu semata?"

Insyaallah saya akan mengutarakan jawapan kepada persoalan ini berpandukan kitab Al-Wajiz fi Ahkamil Janaiz (Nota Ringkas Pengurusan Jenazah) yang menghimpunkan pandangan para ulama mengenai pengurusan jenazah yang di susun oleh barisan ustaz dari Jabatan Pelajaran Sarawak yang di ketuai oleh Ustaz Akram Zaki bin Abdul Rashid.


Soal mengapa masyarakat Melayu kita membuat binaan-binaan seperti yang ada sekarang ini bagi saya hanya satu sahaja puncanya iaitu kurangnya ilmu dalam dada kita mengenai agama kita sendiri. Apabila tiada ilmu, maka apa yang kita lakukan itu ibarat tiada panduannya dan mungkin boleh sampai ke tahap sia-sia sahaja.


Hukum membuat binaan di atas kubur



Wednesday, March 20, 2013

Hari Bertambah Umur

Hehe pueh mikir nak lotak tajuk apo..

Maaf sekali lagi sebab malam tak dapat nak update entri seperti yang dijanjikan. Selepas mengajar malam tadi lepak kat Hajris sekejap lepas tu balik terus tido. Ni semua gara-gara 3 hari tak cukup tido. Lepas ni dah tak mau nak janji dah untuk update blog lagi hehe.

Kebetulan semalam adalah hari jadi seorang jemaah di tempat saya mengajar mengaji. Mak Cik Eton namanya (bukan Kak Ton dalam tv tuuu) haha. Hari jadi yang ke berapa tak tahu lah tapi apa pun moga diberkati umurnya.



Tuesday, March 19, 2013

Bosan di petang hari

Memang agak bosan bila waktu petang kat ofis ni. Biasanya memang dah takda kerja petang-petang macam ni dan.. MENGANTUK pun datang!
Aku pandang laptop, laptop pandang aku...

Nak update blog pun rasa malas sebab mengantuk. So hidup jadi tak tentu arah sangat ni sebab nak buat apa semua tak kena hehe. Takpe tunggu malam sikit untuk entri seterusnya ye!


Impak Ilmu


Entri kali ni saya terasa untuk menulis sesuatu yang lebih berat sedikit dan memerlukan kita untuk berfikir seketika. Saya tertarik dengan kata-kata di dalam gambar di atas 

"Ilmu lebih baik dari harta, ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta."

Saya pernah juga terfikir dan mencari kebenarannya kata-kata di atas. Janji Allah dalam al-Quran ialah dalam Surah Al-Mujadalah ayat 11:



Hai orang-orang beriman apabila kamu dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Monday, March 18, 2013

Ikan Bakar Hj Musa, Alai

Pertama kali makan di sini rasanya masa sekolah menengah. Lepas tu, datang semula untuk kali kedua pada tahun ni. So untuk tahun ni sahaja sudah 3 kali datang hehehe. Sape suruh murah sangat dan sedap!

Kedai ikan bakar Hj Musa ni adalah kedai yang terbesar di Medan Ikan Bakar Alai ni. Kalau nak senang, cari landmark Crystal Bay tak jauh dari Masjid Alai.


Ni pintu gerbang masuk ke Crystal Bay

Maafkan Kami Penunggu Gua!

"Ampunkan kami penunggu gua!"
"Ampunkan kami penunggu gua!"

Mintak mahap ler ye Cik Senah, Cik Temah semua, hujung minggu hari tu tak sempat nak hapdet blog ni. Bz kemain haha

Ok lah kita serius balik. Bukan apa, weekend aritu memang super busy! Bila balik ke kampung, jadual perjalanan untuk dua hari tu memang dah penuh. Tambahan pula dengan aktiviti yang tak dijangka dan di luar jadual. *Ayat macam YB! Haha

Tak mengapa, saya akan update lagi lepas ni ya! Tungguuuu!


Rasa mcm nk gigit dia ni!! haha

Saturday, March 16, 2013

'Medical' checkup

Setelah dua minggu tunda, akhirnya hari ni terpaksa juga bawa viva saya ni ke bengkel untuk tukar minyak enjin. Kalau tangguh lagi, memang tak tahu lah bila boleh ada masa nak pergi tukar.

Kereta ni memang banyak berjasa pada saya sejak dapat 'lipan bara' kat tangan ni. Terus fobia nak bawa motor lagi. Jadi lepas tu, pergi mana-mana memang naik kereta sahaja. Terpaksa lah harung segala ranjau onak berduri jammed kat KL tu.

Cap kat tayar depan tu pun dah tak ada. Sudah ghaib jatuh atas jalan kot. Saya pula jenis tak tahu dan tak berapa minat untuk modified kereta ni. Maklumlah, orang IT lah katakan. Apa yang ada kita pakai je.

Friday, March 15, 2013

Nak balik kampung... yeay!!

Lepas tekan publish je, terus naik kereta dan bergerak pulang ke kampung halaman iaitu Kuala Sungai Baru. Nasib baiklah ada orang offer nak drive sampai kampung terutamanya baru balik kerja ni. Dengar cerita Kuala ni cuacanya panas dan dah lama tak hujan. Maklumlah duduk di perantauan ni kan.. hehe poyo.



Ini kuala sungai kampung saya. Ada medan ikan bakar hehe


Selamat Hari Lahir Ayah!


Hari ni adalah hari ulangtahun kelahiran ayahku yang ke 51. Mohon anda semua yang membaca blog ini mendoakan kesihatan dan keberkatan umur ayah saya.

p/s : gambar umrah tahun bila ntah.. cuti sekolah kali ni alhamdulillah bawa ramai jemaah.. dalam 70 orang 

Cepat sembuh!

Aduh.. memang tak dapat nak update entri pada malam hari sebab kekangan masa yang amat sangat. Terpaksa berkejar ke sana-sini dan balik rumah pun lewat. Bila sampai rumah pukul sekitar pukul 12 tengah malam, alamatnya memang terus tidur lah.

Insyaallah akan cuba cari masa untuk buat at least satu entri pada waktu malam. 

By the way, malam tadi pergi tengok hero kecil sorang ni. Ammar Mukhriz De Souza* namanya. Dimasukkan ke hospital sebab demam dan ada lung infection. 

Moga cepat sembuh!!!


Thursday, March 14, 2013

'Perisai' Diri

"Orang Melayu ni suka kepada G.S.M."

Apa itu GSM?

G - Gosip
S - Seks
M - Misteri/Mistik

Ini adalah kajian dan pemerhatian yang telah dilakukan beberapa tahun lepas dan pernah menjadi tajuk muka hadapan sebuah akhbar tabloid tempatan. Majoriti daripada kita memang suka ketiga-tiga benda ni dan stesen tv pula menghidangkan semua elemen di atas dalam rancangan mereka.

Tapi kali ni saya hanya nak menyentuh bab M - Misteri/Mistik sahaja. Semakin banyak cerita-cerita drama atau filem yang berkaitan mistik ni. Boleh kata semuanya hanya sebagai hiburan sahaja dan tak boleh dijadikan panduan sebab banyak yang tidak menurut syariat Islam.

Putar, Jilat, Celup!

Sarapan pagi

Mesti ramai yang suka skip sarapan pagi kan? Sama lah saya jugak. Tapi sejak dah mula praktikal di Digicert ni, rasanya baru dua tiga kali je skip breakfast ni. Sebelum sampai ofis mesti cari kuih-muih atau roti untuk alas perut.


Anda bacalah sendiri info dalam gambar ni

Wednesday, March 13, 2013

Apa peranan kita???

Hari Sabtu dua minggu lepas (2 Mac 2013), saya bersama tiga orang lagi rakan mengadakan satu trip ke Melaka. Tapi sebelum ke Melaka, kami singgah sebentar di Seksyen 7 Bangi. Mulanya trip ni hanya untuk pergi enjoy di Melaka; mandi pantai dan makan ikan bakar, tapi kami tambahkan satu lagi destinasi sebelum ke sana.

Rumah Amal Buah Hatiku

Saya terjumpa satu post beserta gambar suasana dan keadaan rumah ni di FB dua tiga hari sebelum tu. Rumah ni menempatkan anak-anak berumur 2 hingga 6 tahun yang pelbagai status; anak yatim, keluarga susah, dll. Rumah ni sudah beroperasi sejak Disember 2011 dan bilangan penghuninya lebih kurang 30 orang.



Malam Cinta Rasul



Habib Syech akan kembali bersama kita rakyat Malaysia di Dataran Merdeka pada 23 Mac 2013 nanti. Turut bersama ialah Ust Don dan juga Habib Ali. Jom ramai-ramai penuhkan dataran dan bawa sekali keluarga dan kawan-kawan. Mari kita ceduk ilmu yang ada pada mereka ini Insyaallah. 

Tuesday, March 12, 2013

Neno neno neno!

"Ketepi ketepi saya ada kecemasan. Tolong beri laluan."

Kalau lah boleh dapat privileged macam ni kan bagus. Pesakit pun da tunggu lama sejak pukul 4 tadi. Takpelah mungkin ada sebab jem ni.

Hafiz Hamidun - Kasih Padamu

Sekarang tengah layan lagu ni. Liriknya sangat kena dan tepat dengan melodinya. Moga Allah memberkatimu Hafiz Hamidun dengan terhasilnya lagu-lagu cinta dan kasih kepada Rasulullah seperti ini.

Jika anda semua mendengar dan menghayati lagu ini, auranya lebih kurang sama dengan lagu Raihan - Alangkah Indahnya Hidup Ini. Boleh menitiskan air mata kerinduan pada Nabi Muhammad s.a.w.


OH! Lagi huru-hara jadinya

Jom jadi cerdas!

Malam tadi semasa dalam perjalanan balik ke rumah dalam pukul 11 malam, sambil drive saya dengar satu radio yang popular ni. Masa tu yang sedang ke udara ialah segmen cinta.

Maka terjadilah perbualan seperti di bawah

DJ  : "Baiklah Siti (bukan nama sebenar), nak tujukan ucapan kepada siapa?"
Siti  : "Saya nak tujukan ucapan selamat malam kepada Fulan bin Fulan. Saya suka tengok awak dan saya
          rasa macam dah jatuh hati kat awak."
DJ  : "Eh awak jangan macam tu. Jangan perempuan yang mula dulu. Kita bagi hint sikit-sikit je. Kalau dia  
         suka, dia akan tackle awak!"

Monday, March 11, 2013

Budak ni selalu jadi sasaran

Dah bersawang da blog ni sejak praktikal ni. Rasa malas nak update tu sangat tinggi akhir-akhir ni. Balik melaka pun dah jarang akibat kesibukan di hujung minggu. 


So kalau balik melaka, budak ni lah yang selalu saya cari. Qistina namanya hehe. Dia ni anak sepupu saya dan baru setahun lebih.