Friday, May 30, 2014

KUL to JED

Akhirnya tiba juga masa untuk aku berlepas ke Tanah Suci. Kembara kali ini aku yakin pasti akan memberikan perbezaan dari yang sebelum ni. Antaranya adalah aku menjadi pembantu kepada group leader iaitu Ust Zamri IKIM dalam mengendalikan jemaah di Tanah Suci.



Penerbangan kami adalah menggunakan Air Asia X. Kalau sebelum ni bila sebut Air Asia sahaja mesti semua orang akan terfikir sempit, tapi berbeza dengan yang ini sebab Air Asia X menggunakan Airbus A330-300 yang lebih besar dan selesa. Kami bertolak pada jam 2.30 pagi waktu Malaysia dan di jangka tiba pada jam 8.00 pagi waktu Saudi.



Dalam kembara kali ini, ada beberapa syarikat travel umrah yang turut serta dengan Zuhud Holiday. Antaranya ialah Safari Haramain dari Penang dan An-Nahdhoh dari Baling kalau tak silap. Jemaah dari Nahdhoh attach terus dengan rombongan Zuhud terus ke Makkah sebab tak ramai. Safari Haramain pula diketuai oleh Ust Khalid terus ke Madinah.

Penerbangan 9 jam ni sangat menguji kesabaran. Memang sakit segala badan sebab tak boleh nak bergerak sangat. Aku dah dua tiga kali tidur pun tak sampai2 lagi. Aku lagi suka flight yang ada transit di mana-mana negara. Boleh tengok tempat orang kan. Lagi pun tak sakit badan sangat sebab keras dalam flight.

Makanan dalam flight ni biasa lah macam naik Air Asia domestik. First round dia bagi Nasi Lemak Pak Nasser dengan ikan bilis 'menganjing'. Hahaha padahal rasanya diorang pun takde kacang dengan ikan bilis sebelum ni. Second round dia bagi Chicken Teriyaki.