Tuesday, September 15, 2015

Iklan di FB Tiada Respon?

Saya lihat ramai orang sudah memulakan perniagaan/bisnes di platform internet. Kebanyakannya di Facebook dan Instagram. Satu tindakan yang bagus dalam keadaan ekonomi sekarang.

Teapi, saya selalu lihat terutamanya di FB, kurang respon dari pengguna kepada iklan yang di upload. Tiada like, tiada komen apatah lagi pembeli.

Saya lihat ada beberapa punca kenapa iklan anda tidak mendapat respon :

1. Tiada gambar

Ini adalah satu pilihan kepada peniaga. Bagi saya, jika ada lebih baik sebab orang akan lebih tertarik
kepada warna dan gambar. Bila scroll di timeline FB, iklan yang bergambar akan lebih menarik perhatian. Satu lagi perkara penting, gambar mesti berkaitan dengan bisnes.

2. Terlalu padat.

Iklan yang terlalu banyak teks akan menyakitkan mata dan membosankan pembaca. First impression, pembaca memang tak akan tengok langsung iklan anda. Saya sarankan anda supaya buat teks iklan yang ringkas tapi padat dengan info serta gunakan 'spacebar' di keyboard anda supaya nampak tidak terlalu padat.

3. Teknik copywriting

Satu lagi situasi, bila iklan kita sudah ringkas dan sudah diletakkan gambar, tetapi masih tiada respon. Apa perlu anda buat?

Anda kekurangan ayat yang boleh menarik pelanggan atau istilah yang biasa digunakan ialah copywriting. Anda perlu dapatkan ebook-ebook dari pakar-pakar copywriting seperti Tuan Izan, Tuan Aqif Azizan dan ramai lagi. Dalam ebook yang mereka hasilkan, ada banyak contoh yang mereka bagi dan anda boleh ubah mengikut kesesuaian bisnes anda.

Bagi sesetengah kes yang lain, like banyak tapi sales ciput. Sebabnya, iklan kita langsung tak menarik dan tak mampu meyakinkan prospek.

Kadang-kadang, baca tajuk saja dah boleh tarik pembaca untuk membeli produk kita.

Jadi, jangan lupa untuk belajar teknik copywriting!

Syafiq Fikri
0133204290



Friday, May 8, 2015

Hurmm.. Tak ada kerja betul

Memang tak ada kerja!

Tadi ada satu kes 'menderam' di Kampung Baru. Bila dah selesai, Asyraaf ajak lepak lagi. Biasanya lepas selesaikan kes memang akan letih gila tapi malam ni terasa nak lepak jugak.

Ni yang sampai ke Shah Alam ni lepak kat Ombak, Seksyen 7. Punya lah lama aku tak datang sini sampai dah ada hospital pun aku tak tau. Alih-alih dah berdiri tegak je hoapital tu hehe.

Thursday, May 7, 2015

Nasi Kandar Deen - Terbaik dari Penang

Selamat kembali buat diriku ke blog ni selepas lama tak menulis. Aku dah dapat semangat sikit dari otai-otai blogger. 

Aku nak cerita sikit la masa aku outstation ke Kulim hari tu. Bila dah ke Kulim, mesti lalu Penang kan hehe. Tahu-tahu saja lah Penang ni kan syurga makanan. Boleh kata macam-macam jenis makanan popular datang dari Penang. 

Jadi kali ni aku nak share beberapa makanan yang sempat aku singgah makan kat Penang.

1. Nasi Kandar

Mesti ramai suka menu atas ni. Semasa di Kulim, aku berjumpa dengan kawan semasa pergi umrah tahun lepas. Dia ni memang jenis food hunting. Sebut je apa jenis makanan dia tak try. Dia ajak aku untuk try nasi kandar yang memang 'terangkat'  kalau makan.

Nasi Kandar Deen, Jelutong. Sampai saja orang dah beratur panjang. Kedai ni setahu aku memang tak pernah keluar tv. Tapi apa yang buatkan dia special ialah kari ikan dia. Mengikut kata kawan aku, ikan bawal yang dia masak memang fresh dan lembut. Bukan macam kedai mamak lain yang keras macam batu. 

Jadi aku pun ikut cadangan dia, nasi kandar ikan bawal kuah campur dengan ayam goreng. Hahaha pinggan memang penuh. 

Aku belajar sesuatu yang baru tentang nasi kandar ni. Kalau nak sedap, jangan pilih kuah yang kita nak makan. Biar mamak tu yg campurkan sendiri sebab dia tahu apa yang lebih apa yang kurang. Sebelum ni kalau di KL aku memang pilih satu atau dua kuah saja. 

P/s : sekarang ni dah tak makan nasi kandar kat KL sebab tak power macam kat Penang hehe.





2. Laksa Janggus

Janggus?? Mesti ada yang pelik kan? Janggus tu sebenarnya adalah gajus. Orang utara panggil gajus tu janggus. Aku bagi tahu kepada yang tau tahu la ye. 

Aku dah lama nak pergi makan kat kedai ni sebab aku pernah ditinggalkan family aku. Diorang pergi makan ramai-ramai dalam dua tiga tahun lepas. 

Apa yang specialnya? 

Ada yang kata laksa ni dia letak daun gajus. Ada yang kata sebab sebelah kedai dia ada pokok gajus/janggus. Pokok tu memang ada tapi rasa tu aku tak boleh nak komen sebab kedai TUTUPPP!!

Sedih


kredit Google





 Oleh kerana tak dapat makan laksa, aku lajakkan sikit ke depan dan jumpa kedai cendol Mak Teh. Layankan cendol dengan Pisang Goreng Cheese.




Akan ku cuba nasib lagi untuk laksa janggus bulan Mei ni hehehe.

Tuesday, January 6, 2015

2015, Tahun Yang Bagaimana?



Alhamdulillah kita telah berjaya melepasi tahun 2015. Walaupun entri ini agak lewat selepas tahun baru, saya masih boleh katakan masih sempat lagi untu saya ucapkan Selamat Tahun Baru kepada anda semua. Mulai tahun ini, saya akan mengubah cara penulisan saya sebagai langkah dan azam untuk saya menjadi penulis suatu hari nanti.

Tahun 2014 boleh dikatakan tahun yang mempunyai pelbagai cerita yang boleh kita jadikan kenangan yang manis, pahit dan seterusnya menjadi pengajaran dalam hidup kita. Antara cerita yang menjadi topik hangat sepanjang 2014 adalah sudah semestinya topik MH370, MH17, serangan Gaza, dan akhir sekali adalah banjir besar di Malaysia. 

Apa-apa pun saya doakan anda semua berjaya di tahun 2015 ini dalam mencapai apa jua azam yang mungkin dari tahun lepas atau yang baru di buat tahun ini.