Saturday, May 9, 2009

Huru-hara di Perak...

Lucu, aneh, geram tapi ini semua memang benar-benar berlaku. semalam saya buka berita harian online. memang rutin saya kt skola kalau da x de kelas saya akan baca berita online. saya tertarik headline semalam iaitu mengenai kekecohan di perak. bile da habis bace cerita dia saya terdiam, pastu rasa lawak pun ada. adegan yang amat memalukan kerana mereka seperti kanak-kanak yang berebut gula-gula. hanya kerana kuasa para ADUN di perak berbalah sesama mereka.

bagi saya, soal politik sebegini saya tak akan tengok sebelah pihak sahaja. saya pun bukak harakahdaily dan suara keadilan. dari situ saya dapat link ke laman blog adun titi serong, drs khalil idham lim. di situ barulah saya dapat tahu siapa yg buat kecoh sebenarnya. pihak kerajaan sengaja membuat sidang DUN tersebut hanya sebagai helah untuk melucutkan jawatan V. Sivakumar. mereka bertindak tanpa menunggu keputusan daripada mahkamah mengenai status penggantungan mereka.

bagi saya tindakan siva mengarahkan 10 orang ADUN BN keluar adalah patut kerana mereka masih lagi digantung . jadi dia sememangnya menggunakan kuasa nya dengan betul. tetapi mereka tetap berdegil dan berkeras tidak mahu keluar dari dewan. sebaliknya siva telah diperlakukan seperti binatang. beliau telah diseret keluar dari dewan tersebut oleh polis. saya amat sedih apabila melihat beliau diperlakukan sebegitu. di sini saya sertakan gambar beliau di seret.
adakah patut seorang Speaker diperlakukan sebegini?

selain itu, apa yang menghairankan saya ialah mengapa pihak polis berkuasa di dalam dewan ini. mereka juga berkumpul di perkarangan dewan seperti ada rusuhan. mereka juga tidak mempunyai apa-apa kuasa semasa persidangan DUN. mereka tidak boleh memperlakukan tindakan seperti menangkap apatah lagi menyeret seperti di atas. saya percaya perkara di atas dilakukan oleh pihak polis walaupun mereka berpakain kemeja.

mengapa mereka berkumpul??? hairan...

satu perkara lagi ialah kehadiran manusia-manusia misteri yang 'menyerikan' lagi proses rampasan kuasa di persidangan DUN Perak. kehadiran mereka ini seperti dirancang untuk menambahkan lagi kekecohan yang sudah sedia berlaku. jelas ini adalah tindakan pihak-pihak yang ingin merampas kembali tampuk pemerintahan daripada Pakatan Rakyat.

suasana tegang di meja Speaker

siapa mereka ini?


inilah deretan manusia yang membantu dalam rampasan kuasa ini

jadi saya ingin mengajak anda semua supaya berfikir dan selidik terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan mengenai sebarang pergelutan yang berlaku dalam senario politik di malaysia sekarang. kita tidak boleh terus percaya dengan kata-kata satu pihak sahaja tanpa mendengar pendapat yang satu lagi

wassalam.

Friday, May 8, 2009

PEREMPUAN SATU ANUGERAH...

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w..t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.


4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendakla­h mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a..w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Bersederhana itu kekayaan yang nyata

"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi
miskin"

Jika perlu marah, marahlah tetapi usah terlupa dengan perkataan sabar;
jika perlu menangis, menangislah tetapi usah terlupa dengan perkataan
tenang;
jika perlu patuh, patuhlah tetapi jangan sampai hilang kemerdekaan.

Jika mahu miskin, miskinlah tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah
menjadi kufur;
kalau mahu kaya, kayalah tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa
perkataan sedekah;
jika mahu menjadi warak, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan
sampai terlupa keperluan dunia.

Kalau mahu sebuah kereta mewah, belilah selagi mampu dan menepati keperluan
semasa;
kalau mahu dua buah rumah, belilah asal jangan sampai tak tahu makna
perkataan puas;
kalau mahu menimbun harta, bekerja keraslah asal jangan sampai terlupa
ibadah.

Kalau mahu berhibur, berhiburlah asal tidak terlalu sakan dan menyalahi
syariat;
kalau mahu memperkatakan hal orang, berkatalah asal jangan sampai
mengumpat;
kalau mahu cemburu dengan kejayaan orang, cemburulah asalkan anda pun
berusaha kuat sepertinya.

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya.
Bersederhana dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara.
Orang yang terlalu kaya kadang-kadang apabila miskin terus muflis;
orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh terus sasau;
orang yang terlalu kuat kadang-kadang apabila lemah terus tidak tidak
berdaya.

Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba
kepada harta;
binalah ibadah banyak-banyak tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia;
binalah kedudukan di tengah manusia tetapi jangan sampai hilang kepercayaan
orang dan tercalar maruah diri.

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk
makan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya bersederhana dalam
beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan di jalanan
juga ibadah, menasihati orang juga ibadah.

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang di mata dunia. Dia tidak akan
hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia
terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang
mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada
rasa dingin dan panas yang membakar.

Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah
menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan."

Hendak bersedekah jangan sampai jatuh miskin; menyimpan harta jangan sampai
digelar si bakhil, beribadah jangan sampai semakin jahil.

Kata sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang
yang bersifat tawaduk dan lemah lembut."

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhana yang nyata, membangkitkan kasih
sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia
maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau senda
dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.

Bersederhana adalah jawapan kepada segala-galanya.

Tuesday, May 5, 2009

angkara manusia

assalamualaikum sumer..
ari kamis aritu aku pegi satu forum perdana kt dataran keris, alor gajah. aku tertarik nak pergi forum tu sbb ahli panel dia. dato' hassan din dan ust wan akashah. tajuk nyer pulak ialah 'angkara manusia'.

pusingan pertama aku rasa mcm terpesong sket. tp aku ttp hayati ape isi-isi yg diberikan. soalan pulak lebih tertumpu soal kebersihan walhal bagi aku skop tajuk ni amat luas. moderator boleh mempelbagaikan soalan untuk di tanya pada ahli panel.

antara isi-isi yang aku dapat mlm tu ialah aspek yg perlu ada dlm sesebuah negeri/negara maju:
1) ruhiah (jiwa)
2) akliah (pemikiran)
3) jasadiah (tubuh badan)
4) ijtima'iah (kesatupaduan)
5) iqtisodiah (ekonomi)
6) siasiah (politik)
bagi aku semua ni memang penting untuk memajukan sesebuah negara. tapi ade lagi yang paling penting iaitu kewujudan tanggungjawab dalam setiap individu rakyat.

selain tu antara pesanan yg diberikan oleh ahli panel ialah kekalkan kemajuan yg sedia ada, bersyukur dengan apa yg ada dan jangan salah guna nikmat.

sekian, wassalam.