Sunday, May 10, 2009

Khutbah Jumaat 8 Mei


assalamualaikum
saya tertarik dengan khutbah jumaat yg disampaikan oleh khatib di kampung saya jumaat lalu. bagi saya khutbah jumaat sepatutnya lebih berkaitan dengan permasalahan akidah yang melanda umat islam di malaysia sekarang ini. saya tidak kata khutbah itu tidak boleh menyentuh aspek lain cuma patut di tekankan mengenai soal akidah kerana sekarang ni terlalu banyak permasalahan akidah yang timbul. khutbah lalu bertajuk ajaran sesat di Malaysia.

saya berminat untuk menulis di sini tentang ajaran sesat kerana saya pernah berpengalaman mempunyai seorang rakan yang menjadi salah seorang pengikut ajaran rufaqa'. beliau sungguh taksub dengan Abuya Ashaari tersebut. bagi saya tidak salah untuk mendalami ilmu agama cuma kita tidak perlu sehingga terlalu mengagung-agungkan tok guru tersebut. sebagai contoh menurut buku yang diterbitkan rufaqa' iaitu "Ashaari Haji Muhammad: Pemimpin Paling Ajaib di Zamannya" yang ditulis oleh isteri ketiga Abuya, Khadijah Aam, memberitahu bahawa Abuya itu seorang yang boleh menangguhkan kematian. diceritakan bahawa salah seorang isteri Abuya telah meninggal dunia dan Abuya memberitahu bahawa beliau telah menangguhkan kematian tersebut. sepatutnya anak lelaki beliau yang dicabut nyawanya terlebih dahulu tetapi beliau telah 'berunding' untuk menangguhkan kematian anaknya dan digantikan dengan isterinya. Na'uzubillah...

jika ingin diceritakan mengenai kesesatan Abuya ini memang tak habis. masyarakat perlu bijak untuk memilih ajaran yang betul-betul di jalan yang benar. bukannya main hentam kromo sahaja. kita perlu menyelidik terlebih dahulu isi kandungan yang terkandung di dalam sesetengah ajaran. sebagai contoh jika terdapat ajaran yang memberitahu pergerakan mereka adalah secara rahsia maka kita perlu berfikir adakah sesebuah ajaran agama itu bergerak secara rahsia?? sungguh tidak logik. sepatutnya soal agama perlu dihebahkan. maka kita tidak perlu untuk menyertai sesebuah gerakan kerana cukup dengan kita pergi menghadiri majlis-majlis ilmu yang diadakan di masjid atau surau dan ditambah lagi dengan pembacaan yang banyak. jika terdapat kemusykilan terus sahaja rujuk kepada orang yang betul-betul arif dan diiktiraf seperti mufti, imam, ustaz, dan sebagainya. maka dengan cara ini kita akan dapat elakkan diri daripada mendapat fahaman yang salah jika kita mengikut sesebuah ajaran yang belum tentu lagi kesahihan ajarannya.

selain itu, masyarakat harus peka terhadap informasi yang diberikan oleh jabatan agama islam negeri supaya kita boleh mengambil tindakan terhadap segala maklumat yang diberikan dan menyebarkan pula kepada orang lain. oleh itu, kita akan terus berada di jalan yang diredhai Allah dan sentiasalah kita memohon kepada Allah supaya tidak memalingkan hati kita daripada agama Islam yang diredhai-Nya ini

No comments:

Post a Comment