Semua tentang kehidupan saya. Apa yang saya lakukan hari-hari. Dari pagi sampai ke malam. Menulis sebagai cara untuk berkongsi.
Friday, August 7, 2009
Main sorok-sorok
Setiap kali menjelang Ramadhan al-Mubarak, pastinya akan timbul suatu masalah yang lazim berlaku. Masalah yang kita tidak asing lagi iaitu permainan sorok-sorok gula. Semestinya masalah ini akan memberi kesan kepada rakyat negara ini terutamanya sewaktu menjalani ibadah puasa dan menyambut ketibaan Syawal.
Kita semua tiba-tiba dikejutkan dengan kekurangan gula di negeri pengeluar gula utama di Malaysia iaitu Perlis. Pelik dan hairan tetapi inilah realiti yang sering berlaku. Bagaimana sebuah negeri pengeluar utama boleh kehabisan stok untuk dibekalkan ke seluruh negara.
Setelah tinjauan TV3 ke ladang tebu di Chuping, Perlis, apa yang mereka dapati ialah ladang tebu tersebut telah banyak di tanam pokok getah. mengapa mereka tidak melakukan penanaman semula tebu untuk menampung permintaan bahan asas berkenaan. Jika satu ladang boleh menampung keseluruhan permintaan gula, maka kita akan berjimat dari mengimport bahan berkenaan dari negara lain.
Oleh itu, kerajaan haruslah mengambil suatu pendekatan untuk menyelesaikan masalah yang saya rasa boleh dikatakan agak kritikal ini selaras dengan slogan Dato' Seri Najib yang selalu beliau uar-uarkan iaitu "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Beliau mesti membuktikan slogan tersebut dengan tindakan yang menyebelahi rakyat.
Sebagai contoh, beliau boleh mengugut untuk mengambil tindakan sekeras-kerasnya kepada para 'penyembunyi' gula demi untuk menyelesaikan masalah rakyat. Baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan telah mendedahkan bahawa stok-stok gula tersebut telah disorok oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tersendiri.
Mengapa mereka menyorok gula terbabit? Implikasinya, kerajaan akan menaikkan harga bahan asas terbabit dengan alasan bahan tersebut perlu diimport kerana kekurangan bekalan di negara kita. Jadi rakyat tidak boleh bertkata apa-apa kerana menganggap alasan terbabit adalah relevan dengan situasi yang berlaku.
Setelah beberapa ketika, tiba-tiba bekalan gula pula melebihi had dan amat mudah dicari di pasaran. Walau bagaimanapun, harga tersebut tidak pula diturunkan demi kemaslahatan rakyat. Jadi, masalah rakyat di sini tidak akan selesai dan akan sentiasa bertambah. Oleh itu, pihak kerajana harus membuktikan slogan tersebut tidak cuma 'hangat-hangat tahi ayam' sahaja ataupun melaksanakannya 'sekadar melepaskan batuk ditangga' sahaja.
Wallahua'lam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Peniaga yg menyorok barang keperluan pengguna dengan tujuan supaya dapat menaikkan harga adalah haram disisi Islam.Nabi pernah sebut dalam hadith tapi ramai peniaga Islam yang buat kerja ni.
ReplyDeleteMakan hasil jualan barang sorok adalah haram sama seperti makan duit hasil jual babi.tak tahulah kenapa masih ramai yang berani buat.