Thursday, March 21, 2013

Persoalan Binaan di Kubur

Siang tadi semasa bertweet dengan seorang rakan, dia mengutarakan soalan ini,

"Kenapa kita (Melayu) buat batu simen atas kubur? Sedangkan khalifah, saudara, keluarga zaman nabi dulu pakai batu semata?"

Insyaallah saya akan mengutarakan jawapan kepada persoalan ini berpandukan kitab Al-Wajiz fi Ahkamil Janaiz (Nota Ringkas Pengurusan Jenazah) yang menghimpunkan pandangan para ulama mengenai pengurusan jenazah yang di susun oleh barisan ustaz dari Jabatan Pelajaran Sarawak yang di ketuai oleh Ustaz Akram Zaki bin Abdul Rashid.


Soal mengapa masyarakat Melayu kita membuat binaan-binaan seperti yang ada sekarang ini bagi saya hanya satu sahaja puncanya iaitu kurangnya ilmu dalam dada kita mengenai agama kita sendiri. Apabila tiada ilmu, maka apa yang kita lakukan itu ibarat tiada panduannya dan mungkin boleh sampai ke tahap sia-sia sahaja.


Hukum membuat binaan di atas kubur




Haram

Hal ini kerana sikap bermegah-megah itu adalah takbur. Selain itu, binaan tersebut juga ada kalanya melampau sehingga menyempitkan ruang dan menghalang orang ramai untuk lalu lalang. Satu lagi masalah yang timbul adalah apabila ruang kosong di sebelah binaan itu tidak dapat digunakan atau sukar untuk menggali tanahnya disebabkan terganggu dengan binaan yang besar dan menyempitkan itu.

عن جابر رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قال: نهى رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم أن يجصص القبر وأن يقعد عليه وأن يبنى عليه. رَوَاهُ مُسْلِمٌ


“Rasulullah menegah dari melapisi kubur dengan kapur putih, dari duduk di atasnya dan dari membuat binaan di atasnya” (Riwayat Imam Muslim dari Jabir –radhiyallahu ‘anhu-).

Makruh

Hukumnya menjadi makruh pula apabila membuat binaan  menggunakan kapur pada kubur, menulis di atasnya, mendiami, menjadikan masjid di atasnya, mengucup, mengelilingi (tawaf) memasang setanggi, mengambil tanahnya untuk mengubati penyakit.

Makruh juga menghias dan mengukir kubur, membina sesuatu di atasnya seperti kubah atau rumah kerana keduanya ditegah menurut riwayat dalam Sahih Muslim.

Peringatan: Hukum makruh di atas dikhususkan hanya untuk kubur yang berada di tanah milik persendirian.

Harus

Jika binaan yang dibuat itu bertujuan untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain walaupun di buat atas tanah sendiri dan lebih-lebih lagi di atas tanah yang dikhususkan atau diwakafkan untuk dijadikan tanah perkuburan dan hendaklah diruntuhkan binaan tersebut.

Ulama Mazhab Syafie berpendapat bahawa harus membuat binaan di atas kubur para anbiya', syuhada' dan solihin serta membina kubah di atas kubur mereka walaupun ia berada di tanah wakaf sebagai menghargai dan mengenang jasa serta sumbangan mereka.

No comments:

Post a Comment