Setelah dua minggu tunda, akhirnya hari ni terpaksa juga bawa viva saya ni ke bengkel untuk tukar minyak enjin. Kalau tangguh lagi, memang tak tahu lah bila boleh ada masa nak pergi tukar.
Kereta ni memang banyak berjasa pada saya sejak dapat 'lipan bara' kat tangan ni. Terus fobia nak bawa motor lagi. Jadi lepas tu, pergi mana-mana memang naik kereta sahaja. Terpaksa lah harung segala ranjau onak berduri jammed kat KL tu.
Cap kat tayar depan tu pun dah tak ada. Sudah ghaib jatuh atas jalan kot. Saya pula jenis tak tahu dan tak berapa minat untuk modified kereta ni. Maklumlah, orang IT lah katakan. Apa yang ada kita pakai je.
No comments:
Post a Comment