Monday, March 25, 2013

Kem Jati Diri

Hujung minggu yang baru lepas saya kembali semula kepada kerjaya yang saya minat iaitu menjadi seorang fasilitator. Tugas fasilitator ini telah bermula sejak penghujung tahun 2009 di bawah naungan Wirajaya Excellence and Consultancy dan terkini adalah anak syarikatnya iaitu MAN Team Resources.

Baiklah, untuk weekend yang lalu saya terlibat dengan dua buah sekolah iaitu SMK(P) Air Panas dan juga SMK Sri Bintang Utara (SBU). Bagi sekolah perempuan tu, saya cuma bersama mereka hari jumaat malam sahaja kerana hari Sabtu pagi saya bersama SBU.

Bagi sekolah perempuan Air Panas, saya menjadi fasilitator mereka untuk program kepimpinan pengawas. Sewaktu tiba di kem, mereka sedang menjalankan aktiviti Debat Parlimen dan sudah tentunya suasana menjadi riuh-rendah dengan isu yang diperdebatkan.









Untuk hari Sabtu pula, SBU tiba di kem jam 0830 (awalnya.. haha). Macam biasa, dah sampai kita mulakan dengan pembahagian kumpulan, ice-breaking, dan lain-lain. Program SBU adalah kem Jati Diri yang melibatkan para pelajar tingkatan 2,3 dan 4. 








Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan dan yang paling saya suka adalah 'night walk'. 'Night walk' ni kita jalan seorang diri waktu malam dalam hutan dalam gelap. Jadi, waktu ni lah kita boleh kenal kekuatan diri budak-budak ni dan kesimpulannya semua penakutttt!! hehehe... Ada yang takut sampai lemah lutut, rebah, menjerit, macam-macam lagi lah. 

Kalau cerita kang malu pulak hehe..

Saya terpaksa pulang awal dan tak dapat nak bersama dengan pelajar-pelajar ni untuk majlis penutup. Tapi takpe sebab dapat makan dengan mereka sekali. apa yang boleh saya kata ialah mereka semua sangat best!!!



1 comment: