Hari Sabtu dua minggu lepas (2 Mac 2013), saya bersama tiga orang lagi rakan mengadakan satu trip ke Melaka. Tapi sebelum ke Melaka, kami singgah sebentar di Seksyen 7 Bangi. Mulanya trip ni hanya untuk pergi enjoy di Melaka; mandi pantai dan makan ikan bakar, tapi kami tambahkan satu lagi destinasi sebelum ke sana.
Rumah Amal Buah Hatiku
Saya terjumpa satu post beserta gambar suasana dan keadaan rumah ni di FB dua tiga hari sebelum tu. Rumah ni menempatkan anak-anak berumur 2 hingga 6 tahun yang pelbagai status; anak yatim, keluarga susah, dll. Rumah ni sudah beroperasi sejak Disember 2011 dan bilangan penghuninya lebih kurang 30 orang.
Rumah Amal Buah Hatiku
Saya terjumpa satu post beserta gambar suasana dan keadaan rumah ni di FB dua tiga hari sebelum tu. Rumah ni menempatkan anak-anak berumur 2 hingga 6 tahun yang pelbagai status; anak yatim, keluarga susah, dll. Rumah ni sudah beroperasi sejak Disember 2011 dan bilangan penghuninya lebih kurang 30 orang.
Paling yang menyedihkan saya sewaktu baca post tu ialah apabila budak-budak tu makan nasi dengan fishball saja untuk makan tengah hari. Lagi sedih, breakfast pulak makan cekodok semalam. Memang diorang ada masalah tak cukup makanan.
Tapi masa kami sampai tu, kami terserempak dengan Mazidul Akmal Sidek yang datang bersama dengan isteri dan anaknya. Dia sedang ambil gambar rumah tersebut dan isterinya sedang melayan anak-anak rumah tersebut.
Apa yang kami dapat lihat, di pintu masuk rumah tersebut ada timbunan beras, pampers, makanan kering dan macam-macam lagi. Menurut pengurus rumah ini, barang-barang tu baru saja dihantar lebih kurang empat hari. Semua penyumbang mendapat info daripada FB.
Antara keperluan utama rumah ini adalah wang perbelanjaan, makanan, pakaian dan juga ubat-ubatan. Boleh kata hampir semua anak-anak di sini mempunyai masalah gatal-gatal. Jadi segala krim gatal-gatal, krim ajaib dan whatsoever amat diperlukan di sini.
Apa yang diorang tahu hanya main, makan dan tido.. kanak-kanak |
Izamir dan salah seorang budak yang suka bergambar hehe |
Suasana dalam rumah. |
Jadi apa peranan kita terhadap kesusahan mereka? Kalau tak mampu nak sumbangkan wang tunai, banyak lagi yang kita boleh lakukan.
"Erti hidup pada memberi"
Eh! ni gambar apa pulak?
Hehe ini namanya Megi Ketam Bangi. Harga semangkuk ikut saiz ketam nipah. Sangat sedap rasanya dan puas sebab isinya sangat tebal. Megi di masak dan dicampurkan dengan resepi rahsia. So memang berbaloi-baloi makan cuma x kenyang sangat sebab megi. Kalau order nasi goreng + ketam sekor memang puas hati la haha.
p/s : kedai ni dekat ngan rumah tu. jadi boleh singgah kedai ni sebelum/selepas pergi ziarah rumah tu hehe
No comments:
Post a Comment