Thursday, March 14, 2013

'Perisai' Diri

"Orang Melayu ni suka kepada G.S.M."

Apa itu GSM?

G - Gosip
S - Seks
M - Misteri/Mistik

Ini adalah kajian dan pemerhatian yang telah dilakukan beberapa tahun lepas dan pernah menjadi tajuk muka hadapan sebuah akhbar tabloid tempatan. Majoriti daripada kita memang suka ketiga-tiga benda ni dan stesen tv pula menghidangkan semua elemen di atas dalam rancangan mereka.

Tapi kali ni saya hanya nak menyentuh bab M - Misteri/Mistik sahaja. Semakin banyak cerita-cerita drama atau filem yang berkaitan mistik ni. Boleh kata semuanya hanya sebagai hiburan sahaja dan tak boleh dijadikan panduan sebab banyak yang tidak menurut syariat Islam.




Banyak istilah-istilah mistik yang timbul contohnya saka, santau, jembalang, hantu raya dan sebagainya. Perlu kita ingat bahawa semua itu adalah jin yang hanya ingin manusia ini sengsara dan lalai dari menunaikan kewajipan sebagai hamba Allah.




Jika dilihat sesetengah pesakit gangguan makhluk halus ini yang masih lagi berjumpa dengan bomoh, amat senang sekali jika para bomoh itu mengatakan "ni saka belah nenek kau ni", "ni hantu raya dok ikut belakang kau ni". 

Teringat kata-kata seorang pengamal perubatan Islam yang sangat terkenal di Malaysia, 

"Kalau kita mendakwa seseorang itu mempunyai saka, maka kita telah menuduh nenek moyangnya membuat perkara yang mensyirikkan Allah iaitu membela jin/makhluk halus. Jika dakwaan kita itu salah, bukankah kita  dah memfitnah keluarga pesakit itu?"

Jadi bagaimana kita nak menjauhkan diri kita daripada gangguan makhluk halus? Cuba ikut cara-cara mudah ni:

1) Jangan tinggalkan ibadah wajib terutamanya SOLAT.

2) Amalkan ayat pendinding. Klik sini

3) Amalkan membaca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi dan 3 Qul setiap kali selepas solat.

4) Banyakkan berdoa supaya diri sendiri dan keluarga dijauhi daripada kejahatan manusia dan makhluk halus.

5) Membuat perkara yang disuruh dan meninggalkan yang dilarang oleh Allah.

Insyaallah, Allah Maha Agung akan menjaga kita selagi kita menjaga hak Allah. Saya doakan semua yang membaca blog ini akan terpelihara daripada perkara yang boleh menjauhkan diri kita dengan Allah.



No comments:

Post a Comment