Thursday, March 14, 2013

Putar, Jilat, Celup!

Sarapan pagi

Mesti ramai yang suka skip sarapan pagi kan? Sama lah saya jugak. Tapi sejak dah mula praktikal di Digicert ni, rasanya baru dua tiga kali je skip breakfast ni. Sebelum sampai ofis mesti cari kuih-muih atau roti untuk alas perut.


Anda bacalah sendiri info dalam gambar ni


Sarapan pagi memang sangat penting hinggakan ia digelar "King of Meals". Banyak sebenarnya kelebihan sarapan pagi ni. Jom kita tengok apa kelebihannya.

1. Menurunkan berat badan
Sarapan pagi boleh menurunkan berat badan ?
Dengan sarapan pagi tubuh kita akan mempunyai tenaga untuk melakukan metabolisme sehingga kepada pembakaran lemak yang ada di tubuh akan lebih maksimum akibatnya berat badan akan menjadi turun.

2. Menambah tenaga
Dengan sarapan pagi automatik tenaga kita di pagi hari akan lebih bertambah dan memudahkan kita membuat aktiviti harian dan badan tidak lemah dan cepat lapar sebelum waktu tengahari.

3. Menjaga kesihatan jantung
Banyak kajian yang menyebutkan sarapan penting bagi kesihatan jantung. Sebab mereka yang biasa sarapan mempunyai kadar kolesterol yang rendah, saiz pinggang lebih kecil, dan kadar insulin yang stabil dalam darahnya.

4. Meningkatkan sistem imunisasi
Kajian lain menyatakan kalau bersarapan banyak waktu pagi mampu membuat kita terhindar dari risiko serangan penyakit flu. Seperti yang diketahui, selsema biasanya disebabkan oleh sistem kekebalan yang rendah

5. Meningkatkan Konsentrasi
Dengan sarapan pagi anda akan lebih menumpukan perkara ini disebabkan kerana tenaga yang masuk di pagi hari.



Jadi, jangan tak breakfast, kerana ia akan menjadi sebagai pemangkin untuk permulaan yang baik bagi hidup anda.






Haa ini saya punya breakfast ini pagi lah! Putar, jilat, celup!

No comments:

Post a Comment