Thursday, December 12, 2013

Kerja lebih masa


Setelah masuk alam pekerjaan ni aku rasa memang segalanya berubah. Masa, mood, pergaulan dan sebagainya semua berubah. Bekerja di tempat yang kita belajar sebelum ni memang nampak macam mudah tapi sebenarnya ada juga yang susah.

Semua tempat ada benda ni iaitu politik kerja. Inilah benda yang aku sedang belajar dan hadapi. Benda ni tak memeningkan kepala tapi kita masih perlu untuk layan kerenah-kerenahnya. Antara yang perlu kita hadap adalah permintaan dari bos-bos yang semangnya itu adalah salah satu daripada tugas kita iaitu menyelesaikan kerja yang diberikan oleh ketua.

Cuma apa yang berlaku di sini adalah bila work load itu terlalu banyak, kadang-kadang kita boleh jadi stress. Ada juga sesetengah kerja yang bukan termaktub dalam bidang tugas kita tapi perlu juga dilaksanakan. Anggap sajalah ia sebagai satu proses pembelajaran dalam menimba pengalaman di tempat kerja hehe.

Bila kerja banyak maka kita perlu banyak masa untuk siapkan semuanya. Ada yang berpendapat bahawa kerja lebih masa ni perlu untuk kita menjadi pekerja yang cemerlang. Hahaha cemerlang lah sangat kannn.. Tapi ada sesetengah yang kata tak bermakna bila kita kerja lebih masa ni kualiti production kita akan sama dengan waktu wajib kita bekerja.

Jadi, macam mana tu? Ikut lah kehendak hati memasing. Kalau rasa nak OT, OT lah.. kalau tak balik lahhh..

No comments:

Post a Comment