Monday, December 9, 2013

Program Sukarelawan Pelancongan IM4U

Belum hilang lagi penat dengan Konvensyen SEA kat Melaka aku dah sambung pulak dengan event bersama IM4U. 5 Disember merupakan Hari Sukarelawan Antarabangsa dan pihak UniKL telah memilih untuk menjalankan aktiviti yang berkaitan pelancongan.




Sesuai dengan Tahun Melawat Malaysia 2014, kami bergerak dalam sekumpulan 40 orang bersama IM4U ke tempat-tempat pelancongan sekitar KL. Bukit Bintang merupakan tempat pertama yang kami tuju untuk mengedarkan barang-barang dari IM4U dan Tourism Malaysia.






Konsep program ini adalah mudah sahaja. Para sukarelawan akan berjumpa dengan para pelancong terutama dari negara luar dan akan mengedarkan goodies bag di samping membantu mereka menunjuk arah ke tempat-tempat yang mereka ingin lawati.



Selepas Bukit Bintang, kami bergerak ke Pasar Seni pula. Liputan media dari Berita Harian dan TV3 memang membangkitkan semangat kami untuk lebih bersungguh-sungguh. Al maklumlah masing-masing nak masuk tv kan hahaha.










No comments:

Post a Comment