Sunday, December 28, 2014

Selamat sampai

Ramai yang terkejut bila aku kata aku mahu balik kampung Kedah hari ini. Apa yang lagi best ialalah aku cuti sepanjang minggu hehehe. Nak buat macam mana, dah seminggu team aku mula bercuti. Aku duk jaga office je. So, bermula esok aku bercuti sampai hujung minggu.

Hujan lebat sepanjang jalan

Aku bertolak jam 2 petang setelah tak jadi menyabit pagi tadi. Akibatnya sambung tidur balik laa hahaha. Boleh dikatakan sepanjang perjalanan tadi hujan turun dengan lebatnya. Memang sudah dijangka dari awal, perjalanan hari ini akan sejuk je. Risau pun ada jugak tadi bila tengok air dah mula bertakung di tepi highway masa hujan lebat.

Friday, December 26, 2014

Restoran Munif Hijjaz. Murah dan Sedap!!!


Malam Krismas hari tu mak dan ayah aku ada kat KL. So diorang ajak gi makan-makan malam tu dengan tunang aku skali. Tapi masalahnya kat KL ni celah mana yang makan sedap dan selesa?? Memang banyak tapi bila sampai masa nak pergi tu terus takda idea.

Jadi lepas ambik tunang aku dari UIA, aku teringat satu kedai dekat Greenwood. Owner dia adalah Abang Munif Hijjaz dan nama kedai tu pun Restoran Munif Hijjaz. Aku di fahamkan yang sebelum ni kedai tu adalah kedai makan milik Ogy Ahmad Daud.

Aku teringat kedai tu sebab selalu nampak Abang Munif post kat FB dia. Nampak menarik dan meriah sebab masa yang dia post tu ada ramai otai-otai nasyid turun buat persembahan.


Tuesday, December 23, 2014

Laparnyeee

Pagi tadi makan nasi lemak sebungkus. Tengah hari tak makan. Bila malam mula mencari nasi. Mane tak gemukkkkkkk...

Tapi yang best nye hari ni last program untuk tahun 2014 ni. Pepatah mengatakan bahawa lagit tak selalu cerah sebab lepas program kena buat report pulakkk. Dah la cuti kene beku. Huwaaa keje tak abis-abis 😫😫😫😫

Dah la... nak makan dulu bye. Japgi upload gambar makan pulak. Follow insta @fikri1989 yee

Sunday, December 21, 2014

Tulang belakang aku

Dah lama tak dapat update blog ni. Semuanya gara-gara kekangan kerja. Seperti sesetengah kawan-kawan yang sedia maklum, kerja aku banyak kepada pengurusan event di kampus-kampus UniKL. Walaupun lari dari bidang yang dipelajari masa study dulu, aku tetap enjoy kerja ni.

Ada banyak sebab sebenarnya kenapa aku sayang dengan kerja ni. Salah satunya adalah aku sentiasa di support oleh rakan-rakan committee di bawah department aku. Kalau diorang ni takde, memang huru-haralah aku uruskan event sorang-sorang. Diorang ni aku boleh katakan sebagai 'tulang belakang' kepada department aku.

Bila department aku nak berubah menjadi lebih besar, dah tentu lebih banyak aktiviti akan ditambah dalam kalendar tahunan kami. Jadi, kalau nak harap 6 orang dalam deparment aku, boleh mati kering macam ni. Silap-silap boleh bercuti kat hospital (aku nyaris2 hari tu hahaha).
Sekarang ni tengah berlangsung program E-BizzX bersama dengan Institut Pembangunan Desa (INFRA). Nak uruskan 100 peserta bukan mudah. Macam-macam kerenah dan masalah yang timbul. Tapi aku boleh tarik nafas lega sikit sebab diorang ni sentiasa ada membantu. Bagi lah apa tugas sekali pun diorang akan buat sehabis baik. 

Aku jugak belajar bagaimana untuk membahagikan tugas kepada orang lain supaya aku tak kena heart attack sorang-sorang hahahahah. Sebab dalam event ni boleh turun pelbagai wahyu mengejut dari sumber-sumber yang dikenali mahupun tidak. So kita nak kena standby mental yang kuat untuk menghadap ujian-ujian yang Allah beri ni hehehe.