Friday, January 31, 2014

Riuh Rendah

Hari ni baru dapat nak update blog ni. Hari lain rasa malas bebenor hehe. Kat kampung ni ada banyak masa terluang so sempat la nak update.

Bila semua ahli keluarga balik, memang riuh rendah la rumah ni. Riuh dengan kerenah kanak-kanak. Sekejap anak orang ni nangis, pastu yang lain pulak nangis. Da macam berantai la pulak hahaha. 



Malam ni sempat celebrate birthday untuk Am dan Aiman. Sempat jugak aku lari pergi ke Gurun beli kek ni.


Dalam gambar ni baru sikit kaum kerabat yang ada. Esok lagi ramai hehehe....



Berkelah di highway

Ni kali pertama aku balik Kedah dalam tahun ni tapi kali kedua dalam masa dua bulan! Hahaha hampir dua bulan tak balik Melaka sebab setiap weekend asyik travel atau outstation.

Balik ni pun sebab ada kenduri dan aqiqah untuk cicit pertama dalam keluarga di Kedah ni. Tok ngan tok wan aku very the excited dengan baby ni. Apa yang penting ialah birthdate dia sama dengan birthdate aku. So ada la geng pasni nak sambut birthday sekali.


Khamis petang parents aku ambil aku kat hostel dan terus gerak lepas maghrib. Mak memang jenis yang suka bawa bekal makanan kalau berjalan jauh. Gambar kat atas ni sebenarnya buat kami teringat balik zaman kecik-kecik dulu kalau balik Kedah. Kami akan bentang tikar dan berkelah makan nasi sama-sama.

Lauk semalam simple je pun, nasi putih + sambal tumis + kangkung + ikan pekasam. Bertambah tiga pinggan koooo hahahaha. No wonder la aku tak leh control makan kalau balik kampung.

So far kalau cuti perayaan ape pun, memang orang melayu penuh kat setiap R&R hehe. Jalan pun tak berapa jem mungkin sebab ramai yang dah balik satu hari awal.





Tugas Baru Tanggungjawab Baru

Bermula Januari ni aku dapat tugasan baru. Tugasan yang aku dah sebati sebelum ni iaitu berhadapan dengan pelajar-pelajar universiti. Jadi felo atau warden ni perlu ada satu kesabaran yang tinggi sebab nak hadap perangai budak-budak ni yang macam-macam.


Bermula dengan aku tinggal kat sini sebagai student tapi sekarang ni dah jadi fello pulak. Sape sangke kan? Hahaha ni namanya rezeki.