Friday, January 31, 2014

Berkelah di highway

Ni kali pertama aku balik Kedah dalam tahun ni tapi kali kedua dalam masa dua bulan! Hahaha hampir dua bulan tak balik Melaka sebab setiap weekend asyik travel atau outstation.

Balik ni pun sebab ada kenduri dan aqiqah untuk cicit pertama dalam keluarga di Kedah ni. Tok ngan tok wan aku very the excited dengan baby ni. Apa yang penting ialah birthdate dia sama dengan birthdate aku. So ada la geng pasni nak sambut birthday sekali.


Khamis petang parents aku ambil aku kat hostel dan terus gerak lepas maghrib. Mak memang jenis yang suka bawa bekal makanan kalau berjalan jauh. Gambar kat atas ni sebenarnya buat kami teringat balik zaman kecik-kecik dulu kalau balik Kedah. Kami akan bentang tikar dan berkelah makan nasi sama-sama.

Lauk semalam simple je pun, nasi putih + sambal tumis + kangkung + ikan pekasam. Bertambah tiga pinggan koooo hahahaha. No wonder la aku tak leh control makan kalau balik kampung.

So far kalau cuti perayaan ape pun, memang orang melayu penuh kat setiap R&R hehe. Jalan pun tak berapa jem mungkin sebab ramai yang dah balik satu hari awal.





No comments:

Post a Comment