Saturday, December 22, 2012

Ermm sedapnya 'coklat' ni

Pagi ni terlihat satu iklan tv yang membuatkan saya tergelak semula. Peristiwa melucukan ni berlaku kira-kira  10 tahun lepas. Semuanya berlaku gara-gara tamak haloba muahahaha...

Cerita dia macam ni, ada seorang kenalan parents baru pulang dari Langkawi (agaknya) dari US dan dia menyuruh datang ke rumahnya ambil buah tangan. Saya pun pergilah naik basikal ke rumahnya. Sampai sahaja di rumah, dia pun keluar sambil membawa satu plastik kecil coklat.

Setelah mengucapkan terima kasih saya pun pulang ke rumah. Tak jauh pun, tak sampai satu kilometer. Masa sedang mengayuh tu, saya cuba intai-intai coklat dalam plastik tu. 


"Wah, nampak sedap je semua coklat tu."

Sampai di rumah, saya terus keluarkan semua coklat tu dan longgokkan atas lantai. Mata saya tertumpu ada satu coklat kecil dengan balutan berwarna emas. Saya berkata dalam hati, ni mesti coklat yang paling sedap. Jadi saya pun terus ambil coklat tu dan coklat2 lain sekali.

Saya bangun dan berjalan sambil membuka coklat bersalut emas tu. Dengan pantas, terus masuk ke dalam mulut. Tapi, tiba-tiba saya terdiam. Saya terus meluahkan semula coklat tu.

"Makkk, apsal coklat ni masin????" saya menjerit. 

Lalu, mak datang tengok. "Cuba tengok kat pembalut coklat tu." Lepas tengok, satu rumah tergelak besar sebab apa yang saya makan tu adalah ...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


KIUB AYAM!!!! 

Hahahaha

Jadi pengajarannya kat sini, janganlah jadi gelojoh dan tamak haloba. Kongsi dengan hati yang ikhlas. Hehehe

*rasanya time ni arwah nenek ada lagi.. 

No comments:

Post a Comment