Friday, December 21, 2012

Majlis Bacaan Yasin Kelas Al-Quran Ideal

Malam tadi saya telah hadiri majlis bacaan Yasin dan Solat Hajat anjuran Kelas Al-Quran Ideal. Kelas ni sebenarnya memberi saya banyak pengalaman dalam mengendalikan sebuah kelas Quran. 

Nak cerita sejarah sket. Saya mula mengajar kat sini pada Februari 2010 kalau tak silap. Mengajar kanak-kanak seawal umur 5 tahun sehinggalah 17 tahun. Kelas ni memfokuskan kepada pembelajaran Al-Quran dan juga Fardhu Ain. Sistemnya juga lebih mirip kepada kelas KAFA tetapi dalam bentuk yang simple.


Setelah lama tak datang ziarah, banyak perubahan telah berlaku. Kelas ini telah mengalami proses renovation pada bulan September yang lalu. Lebih besar, lebih selesa, lebih cantik dan segala-galanya yang lebih. 

Jadi majlis ni lebih kurang macam menyambut 'rumah baru' laa hehe.. Majlis dipimpin sendiri oleh Pengetuanya Ustaz Aidil dimulai dengan solat Maghrib diikuti dengan bacaan Yasin, solat Isyak dan disusuli dengan solat Hajat. 


Signboard utama

Pintu masuk

Big boss, Ust Aidil and his girl, Raihana

Muslimin

Muslimat

Beta santap sorang2 je ni..


 Jadi jika ada yang berminat untuk hantar anak-anak anda ke sini, sila hubungi nombor di atas.



No comments:

Post a Comment