Malam Krismas hari tu mak dan ayah aku ada kat KL. So diorang ajak gi makan-makan malam tu dengan tunang aku skali. Tapi masalahnya kat KL ni celah mana yang makan sedap dan selesa?? Memang banyak tapi bila sampai masa nak pergi tu terus takda idea.
Jadi lepas ambik tunang aku dari UIA, aku teringat satu kedai dekat Greenwood. Owner dia adalah Abang Munif Hijjaz dan nama kedai tu pun Restoran Munif Hijjaz. Aku di fahamkan yang sebelum ni kedai tu adalah kedai makan milik Ogy Ahmad Daud.
Aku teringat kedai tu sebab selalu nampak Abang Munif post kat FB dia. Nampak menarik dan meriah sebab masa yang dia post tu ada ramai otai-otai nasyid turun buat persembahan.
Sebenarnya aku tak sempat nak ambik banyak gambar sebab kerakusan tengok makanan yang sampai haha. Overall, makanan dia sedap belaka terutama sekali kebab kambing dia. Aku datang kedai ni dua hari berturut-turut dan order benda yang sama iaitu kebab kambing sebab tak puas makan malam yang first tu. Gambar boleh tengok kat bawah ye.
Kalau diceritakan mengenai konsep utama makanan kat sini adalah bertemakan Arabic cuisine. Ada nasi arab, kambing, kebab dan teh arab. Harga? Sangat berpatutannnnn.. Korang boleh tengok sendiri dalam gambar menu bawah ni. Nasi goreng baru RM 6 - 7. Ok la tu. Nama pun unik. Nasi goreng Gaza, Baitulmaqdis, Bihun Goreng Sumayyah dan macam-macam lagi.
Tagline restoran ni adalah Keenakan Rasa Seiring Irama. Haaa tu sebab nama lagu menjadi nama menu makanan dalam ni hehehe. Restoran ni juga ada menu barat macam Lamb Chop dan Chicken Chop. So sebenarnya semua jenis selera ada kat kedai ni.
![]() |
Insyaallah sedap semua menu dalam ni |
![]() |
Ruang yang selesa |
![]() |
Nasi Goreng Baitulmaqdis. RM7 je |
![]() |
Kebab Kambing faourite aku!! |
Masa tengah makan, tiba-tiba sampai satu rombongan. Pastu sorang-sorang bawa masuk hantaran. Rupanya ada satu pasangan pengantin ni baru je dinikahkan di masjid berdekatan dan buat kenduri kat situ. So, kesimpulannya kat restoran ni ada ruangan khas yang boleh di tempah untuk sebarang majlis siap dengan PA sistem, hiasan dewan dan sebagainya. (Karaoke semua lagu Hijjaz je ye. Harap maklum hahaha)
Mee goreng |
Bersama Tuan empunya kedai dan nama, Abang Munif Hijjaz |
Penaja malam kedua, En Nasrul. Nanti boleh belanja sini lagi ye. |
Untuk tempahan boleh hubungi nombor di atas |
![]() |
peta lokasi restoran ni |
Kat restoran ni juga korang boleh dapatkan produk-produk di bawah jenama Munif Hijjaz macam pewangi kereta, kopi gum arab, madu dan juga album-album abang Munif. Boleh beli kat kaunter dengan harga pasaran hehehe.
Kepada Abang Munif (kalau dia baca nanti), cadangan saya satu je. Minta tolong tambahkan awning kat entrance restoran ni sebab kalau hujan air tak tempias masuk. Tu je, lain da mantopppp da..
Rating : 8/10 :)
Assalamualaikum, untuk makluman Restoran Munif Hijjaz D'Greenwood telah pun berpindah ke Shah Alam di Seksyen 13. Ia dinamakan sebagai Restoran Munif Hijjaz Papero Shah Alam dan mula beroperasi pada 7.10.2015 yang lalu. Menu utama kami ialah Nasi Arab, Western Good dan juga Pizza. Sila daoatkan informasi lanjut di www.munifhijjaz.com/Restoran atau FB: Restoran Munif Hijjaz Papero
ReplyDeleteAnda di jemput mengunjungi kami. Untuk maklumat lanjut Whatsapp 0193344838.
Terimakasih