Sunday, December 28, 2014

Selamat sampai

Ramai yang terkejut bila aku kata aku mahu balik kampung Kedah hari ini. Apa yang lagi best ialalah aku cuti sepanjang minggu hehehe. Nak buat macam mana, dah seminggu team aku mula bercuti. Aku duk jaga office je. So, bermula esok aku bercuti sampai hujung minggu.

Hujan lebat sepanjang jalan

Aku bertolak jam 2 petang setelah tak jadi menyabit pagi tadi. Akibatnya sambung tidur balik laa hahaha. Boleh dikatakan sepanjang perjalanan tadi hujan turun dengan lebatnya. Memang sudah dijangka dari awal, perjalanan hari ini akan sejuk je. Risau pun ada jugak tadi bila tengok air dah mula bertakung di tepi highway masa hujan lebat.

Kepala dah pikir kereta aku akan jadi bot........ :p

Macam mana lah agaknya keadaan mangsa banjir kat negeri-negeri yang terlibat. Sejuk, lapar, dan ada yang bergelap. Berat sungguh ujian banjir kali ni. Ada yang aku baca terputus bekalan makanan dah 5 hari. Risau makin tinggi bila mengenangkan keadaan bayi, kanak-kanak dan orang tua.

Harapnya semua dapat menerima bantuan-bantuan yang dihulurkan oleh para petugas dan sukarelawan yang dikerah dari seluruh negara.

Dari KL smpai Taiping

Perkara yang best bila memandu dalam hujan ni ialah minyak akan jimat giler!! Kalau tak hujan mahu 3 jam setengah dah sampai kampung hehe. Bila memandu santai macam ni tu yang dapat macam gambar kat atas ni. KL - Taiping minyak separuh je dan ada lagi dua bar bila sampai kampung.

Ni baru dua orang. Kalau semua ada, riuhhhh



Paling best sebelum tidur ada 'meeting'. Jamuannya kuih karas denngan biskut pale lutut cicah air teh. Mantoppp. Tadi makan malam dah pekena sambal petai udang dengan ikan goreng berulamkan daun tenggek burung. 2 pinggan selesai fuhhhhh.

No comments:

Post a Comment