Sunday, December 21, 2014

Tulang belakang aku

Dah lama tak dapat update blog ni. Semuanya gara-gara kekangan kerja. Seperti sesetengah kawan-kawan yang sedia maklum, kerja aku banyak kepada pengurusan event di kampus-kampus UniKL. Walaupun lari dari bidang yang dipelajari masa study dulu, aku tetap enjoy kerja ni.

Ada banyak sebab sebenarnya kenapa aku sayang dengan kerja ni. Salah satunya adalah aku sentiasa di support oleh rakan-rakan committee di bawah department aku. Kalau diorang ni takde, memang huru-haralah aku uruskan event sorang-sorang. Diorang ni aku boleh katakan sebagai 'tulang belakang' kepada department aku.

Bila department aku nak berubah menjadi lebih besar, dah tentu lebih banyak aktiviti akan ditambah dalam kalendar tahunan kami. Jadi, kalau nak harap 6 orang dalam deparment aku, boleh mati kering macam ni. Silap-silap boleh bercuti kat hospital (aku nyaris2 hari tu hahaha).
Sekarang ni tengah berlangsung program E-BizzX bersama dengan Institut Pembangunan Desa (INFRA). Nak uruskan 100 peserta bukan mudah. Macam-macam kerenah dan masalah yang timbul. Tapi aku boleh tarik nafas lega sikit sebab diorang ni sentiasa ada membantu. Bagi lah apa tugas sekali pun diorang akan buat sehabis baik. 

Aku jugak belajar bagaimana untuk membahagikan tugas kepada orang lain supaya aku tak kena heart attack sorang-sorang hahahahah. Sebab dalam event ni boleh turun pelbagai wahyu mengejut dari sumber-sumber yang dikenali mahupun tidak. So kita nak kena standby mental yang kuat untuk menghadap ujian-ujian yang Allah beri ni hehehe.





2 comments:

  1. Terharu dgn komitment yg diberikan

    ReplyDelete
  2. TITIAN WHITE Dominus – Classic Playing Card - Titsanium
    Titsanium Dominus is a titanium dog teeth implants classic playing titanium guitar chords card game for nipple piercing jewelry titanium the Japanese, ti 89 titanium calculator European, Chinese, and American titanium plumbing Titsanium Dominus. Regular price.

    ReplyDelete