Wednesday, March 20, 2013

Hari Bertambah Umur

Hehe pueh mikir nak lotak tajuk apo..

Maaf sekali lagi sebab malam tak dapat nak update entri seperti yang dijanjikan. Selepas mengajar malam tadi lepak kat Hajris sekejap lepas tu balik terus tido. Ni semua gara-gara 3 hari tak cukup tido. Lepas ni dah tak mau nak janji dah untuk update blog lagi hehe.

Kebetulan semalam adalah hari jadi seorang jemaah di tempat saya mengajar mengaji. Mak Cik Eton namanya (bukan Kak Ton dalam tv tuuu) haha. Hari jadi yang ke berapa tak tahu lah tapi apa pun moga diberkati umurnya.



So bila dah ada majlis macam ni, waktu mengaji memang dipendekkan la jawabnya. Bukan apa, dah tahu dah waktu menyembang mesti lama punya. So saya decide 8.45 malam berhenti dan sambung ke acara seterusnya.


Lepas mengaji tu kami pun bergerak ke rumah pengantin eh silap rumah birthday girl hahaha (gurau-gurau ye makcik!). Lebih kurang pukul 9 malam juga baru mula sebab tunggu satay punya pasal haha.Tapi apakan daya, satay lambat sampai (ni semua Shameer punya pasal!) dan saya pun mulakan majlis dengan baca doa untuk mohon kesejahteraan bersama.

Lepas 'amin' buat apa? Makan laa apa lagi....


inilah Shameer cing.. anak tuan rumah haha



tudiaa macam-macam ada!


b'day girl dua dari kiri.. 


"jauh pulak bihun goreng ni"

Dah macam kenduri dah makanannya. Bihun goreng singapore, laksa, satay dan puding. Apa pun terima kasih kepada tuan rumah sebab sudi jemput makan sekali haha. Rajin-rajinlah buat makan-makan macam ni. Bukan apa, boleh erat lagi silaturrahim antara jemaah.. amboi

p/s : Malam ni jangan lupa mengaji ye!!


No comments:

Post a Comment