Tuesday, March 12, 2013

OH! Lagi huru-hara jadinya

Jom jadi cerdas!

Malam tadi semasa dalam perjalanan balik ke rumah dalam pukul 11 malam, sambil drive saya dengar satu radio yang popular ni. Masa tu yang sedang ke udara ialah segmen cinta.

Maka terjadilah perbualan seperti di bawah

DJ  : "Baiklah Siti (bukan nama sebenar), nak tujukan ucapan kepada siapa?"
Siti  : "Saya nak tujukan ucapan selamat malam kepada Fulan bin Fulan. Saya suka tengok awak dan saya
          rasa macam dah jatuh hati kat awak."
DJ  : "Eh awak jangan macam tu. Jangan perempuan yang mula dulu. Kita bagi hint sikit-sikit je. Kalau dia  
         suka, dia akan tackle awak!"


Takda nas pun kata haram perempuan tak boleh mendekati lelaki itu dengan tujuan yang baik iaitu untuk mendirikan rumah tangga. Paling mudah kita tengok sahaja contoh Rasulullah s.a.w dengan Khadijah. Semua sudah sedia maklum akan hal ini.

Inilah punca utama keruntuhan moral dalam anak muda sekarang. Pengaruh tv dan radio sangatlah besar dalam mencorakkan anak muda zaman sekarang. Penuh dengan hiburan dan cinta. Agama tolak tepi, hanya untuk solat dengan puasa je.


Masalah yang timbul kat sini ialah :

1. DJ yang nak menasihatkan tentang luahan cinta para pendengar tetapi DJ tu pun sama takde ilmu nak
    nasihatkan orang lain. Nasihat/pandangan hanya berdasarkan pengalaman melihat orang lain punya situasi.
    Jadi, apa yang dia nasihatkan tu boleh kata semuanya rubbish!!

2. Kalau pendengar tu ambil 'nasihat' yang DJ tu bagi, maka makin pincanglah pemikiran dia akibat nasihat-nasihat mengarut dari sang DJ.

Pucuk pangkal dalam masalah cinta dan perasaan ni, rujuklah agama semula. Islam tu cara hidup, bukannya hanya agama sahaja. Kalau hanya agama, kita tak perlu baca doa makan, mulakan setiap eprkara dengan Bismillah, makan tangan kanan dll. Fikir-fikirkan...


No comments:

Post a Comment