Monday, March 18, 2013

Ikan Bakar Hj Musa, Alai

Pertama kali makan di sini rasanya masa sekolah menengah. Lepas tu, datang semula untuk kali kedua pada tahun ni. So untuk tahun ni sahaja sudah 3 kali datang hehehe. Sape suruh murah sangat dan sedap!

Kedai ikan bakar Hj Musa ni adalah kedai yang terbesar di Medan Ikan Bakar Alai ni. Kalau nak senang, cari landmark Crystal Bay tak jauh dari Masjid Alai.


Ni pintu gerbang masuk ke Crystal Bay


Sebenarnya pergi makan kat sini sebab nak raikan birthday ayah saya yang ke 51. Jadi saya dan adik open table la kat sini setelah percubaan pertama saya dan rakan-rakan hari tu agak menjadi dan berpuas hati hehe. Kami pergi satu kereta, 7 orang termasuk dua budak yang selalu mengikut Nabil dan Aqila.


Dia sapu 4 pintu terus!


Ikan-ikan yang fresh

Jadi, untuk malam tu saya pilih 2 ekor siakap, 2 ekor cencaru, kupang, kerang, sotong dan udang.


Birthday boy hehe


Udang masak butter


Kupang berlada


Siakap bakar sambal


Cencaru bakar


Kerang bakar


Nasi lemak

Mesti ada yang pelik kenapa ada nasi lemak. Di Melaka, boleh kata menjadi trend semua medan ikan bakar di seluruh negeri akan menghidangkan nasi lemak untuk di makan bersama dengan makanan laut pilihan pelanggan mereka. Nasi lemak ni juga dah menjadi trademark unik untuk ikan bakar di negeri Melaka. 

Harga untuk semua makanan yang kami order hanyalah RM 126 sahaja! Sangat sangat murah. 


Kepada sesiapa yang berhajat nak makan kat sini, atas ni nombor telefon empunya kedai. Boleh buat tempahan siap-siap terutama sekali pada awal bulan. Memang full-house!






No comments:

Post a Comment