Friday, May 15, 2009

16 Mei setiap tahun


assalamualaikum
tahun ni tarikh keramat ni jatuh pada hari sabtu (esok). jadi banyak skola yang tunda kepada hari isnin. macam skola saya, hari isnin ni sepatutnya peperiksaan pertengahan tahun tapi tunda hari laen. biase nyer kalau hari guru ni memang x blaja satu hari. kali ni saya kene jadi ajk persiapan tempat. x tau la leh wat keje ke x sbb kaki saya sakit lagi. sure diorang suruh duduk tengok jer.

balik kepada tajuk, khutbah ari ni citer pasal hari guru. guru memang segala-galanya dalam kehidupan seseorang. semua orang ade guru tak kira la formal atau tidak. ibu bapa juga dikira sebagai guru pertama di rumah. kalau cter pasal guru ni biasenyer merujuk kepada hormat, sayang dan lain-lain la terhadap guru. tapi kali ni saya nak cter soal tanggungjawab sebagai seorang guru.


semua perkara ni saya faham apabila sudah bergelar seorang guru sandaran tidak terlatih di sebuah sekolah cina di kampung. saya merasakan bahawa tanggungjawab sebagai guru pendidikan islam memang besar dan berat. bukan mudah nak mendidik anak melayu yang bi'ah nya adalah bi'ah orang cina. pergi skola pakai skirt, pakai seluar pendek, makan makanan cina dan pelbagai lagi. paling teruk ialah sembahyang fardhu ditinggalkan. memang susah hendak mendidik anak-anak sebegini tetapi saya gigihkan juga untuk mendidik mereka demi menegakkan syiar Islam.

bagi saya tanggungjawab mendidik perkara fardhu ain sebegini bukan hanya terletak di bahu para guru. kebiasaannya ibu bapa akan menyerahkan tanggungjawab ini bulat-bulat kepada guru kerana di pelajaran di sekolah adalah di bawah tanggungjawab guru. tetapi guru hanya mengajar dan untuk mempraktikkannya memerlukan kerjasama daripada ibu bapa. bukan sahaja dalam soal agama malah dalam bidang akademik yang lain. sebagai contoh pelajaran matematik. jika tidak banyak membuat latihan di rumah maka pelajar akan lalai dan pelajar biasanya tidak akan membuat latihan atas inisiatif sendiri. mereka perlu mendapat pengawasan daripada ibu bapa. sebab itu saya katakan yang peranan ibu bapa juga penting dalam memastikan kelangsungan ilmu yang di ajarkan kepada anak-anak mereka.

dalam bidang pendidikan islam, amalan fardhu ain ini hanya mampu saya ajar sahaja di sekolah dan selebihnya harus dipraktikkan di rumah. berbuih mulut ajar sembahyang tetapi bila ditanaya sama ada solat atau tidak, para pelajar hanya geleng kepala. saya tidak akan menyalahkan anak-anak tersebut. ini semua berpunca daripada ibu bapa. jika mereka menguatkuasakan 'undang-undang' solat di rumah, mustahil anak-anak tersebut akan meninggalkan solat. paling teruk sekali ialah ibu bapa juga sama sekali tidak solat. mane tanggungjawab ibu bapa dirumah?

oleh itu, jangan salahkan guru jika anak-anak anda di marah, di rotan di sekolah. selidik dulu mengapa mereka di marah. guru tidak akan marah atau denda pelajar sewenang-wenangnya tanpa ada alasan yang kukuh. selain itu, jangan juga salahkan guru jika anak anda mempunyai sahsiah yang teruk. lihat tanggungjawab dan peranan anda di rumah. anak-anak hanya mempunyai beberapa jam sahaja di sekolah dan selebihnya adalah di rumah.

satu perkara lagi, apa yang saya dapat perhatikan di sekolah cina ialah ibu bapa para pelajar sangat ambil berat terhadap perkembangan pelajaran anak-anak mereka. mereka akan berjumpa dengan guru mata pelajaran setiap hari untuk bertanyakan prestasi anak-anak mereka. saya pernah melihat seorang ibu yang pergi berjumpa dengan guru pada waktu sekolah dan pada waktu petang dia akan duduk di sebuah meja di luar rumah menghadap anaknya membuat latihan yang diberikan guru. bagi saya amalan seperti ini sudah semakin pupus dalam masyarakat melayu.

oleh itu, tanggungjawab ibu bapa dan guru perlu dilaksanakan kedua-dua pihak bagi memastikan para pelajar mendapat keputusan yang cemerlang. bukan guru sahaja yang perlu dihormati tetapi ibu bapa juga perlu di hormati kerana mereka adalah guru kita

1 comment:

  1. bleh tahan bgus r ur blog..
    teruskan usaha mu!!

    ReplyDelete